Monday 7 May 2012

SPDP hantar senarai calon hari ini


Posted on May 5, 2012, Saturday

SERIUS: Mawan ketika ditemui pemberita di Kuching semalam.


KUCHING: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dijangka menghantar senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, senarai calon itu akan dihantar melalui perkhidmatan kurier.

“Ia adalah sulit, jadi saya fikir adalah hak bagi kita untuk menghantar (senarai calon) melalui kurier. Masa semakin suntuk bagi kami untuk mengemukakan senarai calon.

“Kita tidak pasti bila tarikh akhir, tetapi jika diserahkan hari ini (semalam) atau esok (hari ini) masih dalam tempoh kira-kira dua minggu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ditanya sama ada parti itu mencalonkan dua nama setiap bahagian pilihan raya kecuali Bintulu, Mawan menjawab: “Saya rasa begitu.”

Beliau menjelaskan, terdapat hanya satu penama bagi Bintulu kerana tidak dapat mencari mana-mana calon yang lebih baik (SPDP Cina) bagi kawasan pilihan raya itu.

Menteri Pembangunan Sosial itu berkata, setakat ini parti terbabit telah melakukan tugas dengan baik seperti yang disahkan oleh pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN).

“Tetapi , di kawasan lain kerana serangan pembangkang dan isu-isu yang berkaitan dengan personality pelbagai perkara lain yang memberikan mereka pilihan lebih luas,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa penyandang juga telah dimaklumkan kemungkinan mereka tidak dipilih untuk mempertahan kerusi masing-masing dalam PRU13 akan datang.

“Seperti yang kita lihat, mungkin mereka akan dikekalkan tetapi saya rasa, sekarang saya mengatakan bahawa saya tidak akan menunjukkan senarai yang dihantar kepada PM,” katanya.

Mengenai calon boleh menang, Mawan berkata kita boleh merujuk kepada caloncalon dari parti-parti dalam BN dan tidak sesiapa boleh menduga.

“SPDP sama seperti parti komponen BN lain, kita juga mempunyai mekanisme sendiri kerana perlu mematuhi disiplin dan kerjasama dalam parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment