Tuesday 15 May 2012

Elak Sarawak ditadbir PR

by Agnes Tugong. Posted on May 13, 2012, Sunday
 
Sumber negeri harus diurus oleh rakyat tempatan: Lo
KUCHING: Sarawak tidak boleh jatuh ke tangan pembangkang jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang.

Ini, katanya untuk mengelak pengaruh syarikat-syarikat dari Semenanjung Malaysia memasuki dan mengurus sumber-sumber negeri ini sekali gus menjejaskan perkongsian kekayaaan dalam kalangan warga tempatan.

Mengambil contoh situasi di Sabah yang mana kebanyakan sumber-sumbernya diurus oleh syarikat dari semenanjung, Lo berkata situasi yang sama boleh berlaku jika negeri ini jatuh kepada pemerintahan PR.

“Pada PRU13 akan datang, rakyat harus memastikan Barisan Nasional (BN) kekal di Sarawak jika semenanjung tewas kepada pembangkang.

“Kita tidak mahu syarikat-syarikat gergasi dan pemimpin-pemimpin pembangkang masuk dan mengurus hasil sumber kita.

“Negeri ini seharusnya dibangunkan oleh rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada program gotong-royong di Kampung Desa Wira Fasa III, Batu Kawah di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng merangkap Ahli Parlimen Stampin, Ketua Kampung Baie Abad dan Pemanca John Tambie Awat.

Lo menjelaskan situasi di Sabah, Lembaga Elektrik Sabah telah diambil oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu sebuah syarikat berpangkalan di semenanjung.

Sebagai tambahan, katanya, beberapa inisiatif pembangunan kelapa sawit juga dikendalikan oleh syarikat di sana.

Menurut beliau, tanah penduduk tempatan juga dijual kepada syarikat dari semenanjung dan ini adalah contoh yang beliau tidak mahu berlaku di negeri ini.

“Kerajaan di sini membolehkan kita berbincang terma dan syarat-syarat jika syarikat dari semenanjung dan asing memasuki Sarawak. Kita perlu mengawal hasil sumber untuk melindungi tempatan,” tambah Lo.

Bagaimanapun, ia adalah menarik untuk mencatatkan bahawa Sabah sentiasa diperintah oleh kerajaan persekutuan sejak mendiang Tun Fuad Stephens di bawah Pakatan pada tahun 1963.

Selain tempoh 1985-1986 dan 1990-1994 di mana Sabah jatuh ke tangan pembangkang iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) dipimpin oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, negeri tersebut sentiasa diperintah oleh BN.

No comments:

Post a Comment