Monday 21 May 2012

Jentera PBB sudah bersedia: Abg Johari

by Patricia Gari. Posted on May 21, 2012, Monday


Hanya tunggu pembubaran Parlimen diumum untuk lancar kempen pilihan raya KUCHING: Timbalan Presiden Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata jentera parti itu sudah bersedia menghadapi kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam beliau memberitahu, ketika ini parti hanya menunggu pembubaran Parlimen diumumkan untuk melancarkan kempen pilihan rayanya bagi memastikan kemenangan besar kepada parti khasnya dan Barisan Nasional (BN) amnya.

“Kami sudah bersedia, hanya menunggu masa bila semboyan (pembubaran) akan dibuat,” katanya selepas merasmikan majlis penangguhan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Jabatan Kesihatan Negeri, di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, dekat sini.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan berkata atas semangat BN, semua anggota akar umbi parti dinasihati kekal memberi sokongan kepada semua calon yang bakal mewakili BN pada PRU13 nanti.

PBB diperuntukkan 14 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak manakala lima kerusi diberikan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), enam buat Parti Rakyat Sarawak (PRS) sementara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) diperuntukkan empat kerusi.

Dua lagi kerusi Parlimen dikuasai Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu kerusi Parlimen Bandar Kuching dan Sibu.

Mengulas mengenai senarai calon daripada PBB, Abang Johari merangkap Menteri Pelancongan berkata senarai berkenaan sudah pun diserahkan kepada pucuk kepimpinan parti di peringkat negeri dan pusat untuk dipertimbangkan.

“Kami sudah serah nama-nama calon, sama ada calon dikekal atau digugurkan, terserah kepada Ketua Menteri dan Perdana Menteri,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment