Tuesday 8 May 2012

Pertaruh muka lama, baharu


Posted on May 8, 2012, Tuesday

UNIK: Ragad sempat bergurau dengan Fatimah sambil ditemani Taib dan Leo apabila menerima cenderamata yang unik daripada salah seorang ketua komuniti Melanau pada Majlis Berambeh di Oya, Dalat semalam.
BN Sarawak berpegang kepada strategi yang terbukti kejayaannya bagi hadapi PRU13


MUKAH: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan tetap berpegang kepada strategi yang telah terbukti kejaya-annya iaitu dengan meletak-kan calon muka lama dan baharu atau penyandang bagi sesuatu kerusi bagi meng-hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau yang juga pengerusi BN Negeri berkata muka lama atau penyandang diperlukan kerana mereka berpengalaman dan telah diuji walaupun mereka mungkin kurang aktif.

“Kita perlu muka baharu supaya kita dapat melatih mereka dengan pengalaman kita untuk menjadi pemimpin masa depan. Yang baharu juga lebih aktif,” katanya pada sesi bertemu orang ramai di Oya dekat sini, semalam.

Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata parti beliau akan meletakkan satu atau dua muka baharu pada pilihan raya akan datang.

“Semuanya terpulang ke-pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi BN untuk membuat keputusan dan menyokong-nya.

“Sudah pasti kita masih memerlukan pemimpin muda yang mahu melihat Sarawak dan negara ini kekal teguh, stabil, bersatu dan progresif,” katanya.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dengan 14 daripadanya dipegang oleh PBB, tujuh oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), enam oleh Parti Rakyat Sara-wak (PRS) dan empat di-pegang Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Taib berkata pada pilihan raya negeri lepas, PBB juga meletakkan 10 muka baharu manakala enam daripada 14 Ahli Parlimennya merupa-kan mereka yang pernah berkhidmat satu penggal.

Beliau juga berkata tiga anggota wanitanya merupakan Ahli Parlimen dan ada kemungkinan mereka akan meletakkan lebih ramai calon wanita dalam pilihan raya pada masa depan.

Sementara itu, beliau mahu rakyat memikirkan mengenai pembangunan, kestabilan, kemakmuran dan perpaduan di negara ini dan mengetepi-kan soal-soal remeh dalam pilihan raya akan datang.

“Hanya kerajaan BN dan wakil rakyatnya mampu memenuhi impian itu kerana mereka mempunyai kriteria dan kualiti sedemikian,” kata-nya.

Pada majlis itu, Taib mengumumkan geran RM100,000 bagi menggalakkan lebih ramai kaum wanita menceburi bidang perniagaan di bandar Dalat yang berdekatan. — Bernama

No comments:

Post a Comment