Monday 7 May 2012

Nyalau tidak gentar berhadapan dengan calon SWP atau PKR


Posted on May 7, 2012, Monday

ENGKILILI: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak tidak gentar untuk berhadapan dengan calon daripada Parti Rakyat Sarawak (SWP) mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya diberi kepercayaan dicalonkan semua mengibar bendera Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, jentera pilihan rayanya di Parlimen Lubok Antu sudah bersedia sepenuhnya dan hanya menanti bila PRU diadakan.

“Saya tidak gentar berhadapan mana-mana calon daripada parti pembangkang seperti SWP mahupun PKR yang dikatakan akan menentang saya di Parlimen Lubok Antu pada PRU nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menjuau, Ulu Skrang 2012 di dewan sekolah itu, semalam.

SK Nanga Menjuau yang mempunyai hanya 47 murid adalah sebuah sekolah yang paling akhir di sepanjang sungai Ulu Skrang, Engkilili.

Dalam majis itu Nyalau mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM15,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Nanga Menjuau, Skrang.

Sementara itu Nyalau menasihati murid terutama yang tinggal di kawasan pedalaman agar melengkapkan diri dengan pendidikan dengan secukupnya sebagai bekalan untuk mencari pekerjaan semasa berada di bandar kelak.

Menurutnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai golongan remaja berhijrah ke bandar sama ada meneruskan pengajian di peringkat tinggi ataupun bekerja di bandar.

Sehubungan itu sekiranya ingin bekerja di bandar dengan mendapat pekerjaan yang baik serta memperolehi gaji lumayan lengkapkan diri dengan pendidikan dengan secukupnya terlebih dahulu, tegas beliau.

Turut hadir pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, Guru Besar SK Nanga Menjuau Morshidi @Morsidi Serah dan ketua-ketua masyarakat sekitar Engkilili.

No comments:

Post a Comment