Monday, 21 May 2012

Rakyat sudah muak pembohongan pembangkang

Posted on May 21, 2012, Monday


KUCHING: Sejak akhir-akhir ini pembangkang cenderung ke arah mengucar-kacirkan negara dan mencetuskan pembohongan yang melampau kepada rakyat.

Abdullah Saidol (BN-Semop) mendedahkan taktik pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta sehingga menyentuh isu-isu sensitif yang mereka tahu akan memporak-perandakan rakyat.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah lama mengusahakan integrasi nasional dan perpaduan rakyat, malah berkorban nyawa dan harta untuk membebaskan kita daripada jajahan.

“Saya berani katakan bahawa rakyat sudah muak, bosan dan marah dengan kerenah pembangkang sejak akhir-akhir ini,” katanya dalam perbahasan usul ucapan penghargaan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Jumaat.

Abdullah menarik perhatian kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengumumkan membina sebanyak 18,000 unit rumah kos rendah dengan kos berjumlah RM72,500 seunit.

“Justeru, pihak pembangkang mempersoal berapa banyak rumah kos rendah dibina oleh kerajaan Sarawak.

“Tetapi, kita sedari bahawa pembangkang hanya berbohong kerana rumah kos rendah yang dibina di Pulau Pinang cuma 1,194 unit. Ini adalah pembohongan melampau,” katanya.

Ucapan Abdullah ternyata menyinggung perasaan anggota DAP, justeru Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) berang lantas bertikam lidah dengan ketua Kelab Penyokong Kerajaan BN itu.

No comments:

Post a Comment