Monday 21 May 2012

Chin akui PRU13 memberi persaingan sengit kepada SUPP

Posted on May 21, 2012, Monday


MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin mengakui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti memberi persaingan sengit kepada parti, namun ia bukan satu halangan untuk menang.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Miri berkata, dengan keputusan Parti Tindakan Demokratik (DAP) meletakkan Pengerusi DAP Cawangan Senadin Lim Su Kien sebagai calon untuk bertanding dalam PRU13 di Parlimen Miri nanti, ia bakal memberi cabaran hebat kepada SUPP.

“Kerusi Miri bukan sahaja mencabar bagi SUPP malah kepada Barisan Nasional keseluruhan.

“Malah disebabkan DAP, kita sebelum ini hilang dua kerusi iaitu Piasau dan Pujut semasa Pilihan Raya Negeri tahun lepas.”

“Namun SUPP melihat perkara ini daripada sudut positif berbanding negatif.

“Sekarang semangat kita untuk bertanding dan menang menjulang tinggi daripada sebelumnya,” katanya kepada media ketika mengulas peluang SUPP mempertahankan kerusi Parlimen Miri dalam pilihan raya akan datang.

Baru-baru ini, DAP mengumumkan Lim adalah calon bakal bertanding bagi kerusi Miri.

Menurut Chin, parti sudah berusaha dan melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan mempertahankan kerusi Miri.

No comments:

Post a Comment