Tuesday 29 May 2012

Belang Larry, bapanya sudah nampak

Posted on May 29, 2012, Tuesday

Dakwaan awal mengatakan Larry tidak terlibat dalam penubuhan SWP ternyata tidak benar

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata pelantikan Larry Sng seba-gai presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) jelas me-nunjukkan sikap sebenar Larry serta bapanya Datuk Sng See Hua.

Setiausaha Agung PRS Datuk Wilfred Nissom berkata, dakwaan awal mengata-kan Larry iaitu Penasihat Khas Belia di Pejabat Ketua Menteri tidak terlibat dalam penubuhan SWP ternyata tidak benar.

“Sebelum ini kita diberitahu Larry iaitu Penasihat Khas Belia kepada Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan SWP. Sekarang disahkan Larry dilantik sebagai presiden parti itu.

“Perkembangan terbaharu dalam SWP jelas menunjukkan sikap sebenar Larry dan bapanya.

“Diharap pihak yang menentang pemecatan Larry dan bapanya dalam parti dulu akan mula faham,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pelantikan Larry sebagai presiden SWP semasa me-syuarat agung pertama parti itu di Sibu semalam.

Pelantikan itu disahkan oleh Larry sendiri dalam satu sidang media selepas mesyua-rat berkenaan.

Datuk Sng, pengasas SWP begitu aktif mempromosikan parti itu yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) di kawasan Parlimen yang diperuntukkan kepada PRS.

Sementara itu Larry tidak menyertai mana-mana parti politik sejak tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusi Pelagus pada pilihan raya negeri 2010 setelah dipecat daripada parti pada 2008.

Nissom menambah keputusan SWP untuk bertanding di enam kerusi Barisan Nasional (BN) yang diperuntukkan kepada PRS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang suatu yang tidak hanya menyakit atau mengecewakan PRS tetapi BN Pusat.

“Pada mulanya kita diberitahu SWP berpihak kepada BN atau ‘BN Friendly’ dan sekarang sah sudah parti itu akan menentang pihak yang dikatakan kawan iaitu BN di enam kerusi milik BN yang diperuntukkan kepada PRS.

“Jika SWP dibantu mencapai impiannya ini, tidak hanya PRS tetapi BN Pusat juga akan kecewa,” katanya.

Enam kerusi Parlimen yang menjadi sasaran SWP ialah Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang.

No comments:

Post a Comment