by Watt Zacchaeus. Posted on May 15, 2012, Tuesday
Yakin menang kerana rakyat inginkan perubahan, mahukan parti baharu mentadbir
SIBU: Parti Pekerja Sarawak (SWP) yakin menang di semua kerusi milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.
Calon SWP bagi kerusi Parlimen Kanowit Ellison Ludan memberitahu, rakyat kini inginkan perubahan dan mahukan parti baharu mentadbir.
“Kalau dilihat pada trend sekarang, rakyat khususnya golongan belia mahu perubahan iaitu menukar pemimpin yang terlalu lama berkhidmat.
“Ini kerana mereka yang terlalu lama menjadi wakil rakyat adalah tidak baik serta boleh menyalahgunakan kuasanya.
“Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa, tetapi perkara ini memang benar. Jika terlalu lama menjadi wakil rakyat atau pemimpin, seseorang itu dapat dilihat akan menyalahgunakan kuasanya.
“Oleh itu, SWP percaya rakyat akan memberi sokongan kepada kami kerana kami adalah sebuah parti baharu.
“SWP bukan sahaja sebuah parti baharu tetapi kami memiliki agenda dan pengetahuan yang baharu untuk membangunkan rakyat khususnya di kawasan pedalaman,” ujarnya kepada pemberita semasa ditemui di sebuah majlis di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, wakil rakyat yang terlalu lama berkhidmat tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik kerana mereka masih berpegang kepada prinsip lama untuk menjalankan tugas serta tidak mahu menerima sesuatu yang baharu.
“Cara sedemikian akan membantutkan kehendak rakyat yang inginkan pembangunan terutama yang berkaitan dengan projek-projek pembangunan. Mereka (wakil rakyat) tidak dapat berkhidmat kepada rakyat kerana masih menggunakan pengetahuan lama,” tegasnya.
Ketika ditanya mengenai SWP yang akan berdepan cabaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain berdepan dengan Barisan Nasional (BN), Ellison menjelaskan bahawa SWP tidak gentar akan cabaran itu kerana PKR adalah sebuah parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia.
“Rakyat di negeri ini tahu bahawa PKR adalah parti yang berasal dari luar negeri ini. Para pemimpinnya pun dari Semenanjung Malaysia.
“Pemimpin PKR di negeri ini memberitahu bahawa mereka adalah seangkatan dengan pemimpin PKR di Semenanjung Malaysia tetapi mereka harus tahu akan tugas masing-masing.
“Saya percaya mereka masih tidak tahu akan tugas-tugas mereka sebenar dan mereka ini adalah ‘pak turut’,” jelasnya.
Katanya, negeri ini harus mempunyai parti baharu yang berasal dari negeri ini sendiri seperti SWP yang baharu ditubuhkan kerana tahu akan peranan terhadap rakyat di negeri ini.
Beliau percaya bahawa SWP mampu menarik ramai sokongan rakyat di negeri ini.
Menjelaskan lebih lanjut, Ellison memberitahu bahawa dia pernah dicadangkan untuk menjadi calon atas tiket PKR namun menolak kerana tidak setuju dengan polisi PKR.
“PKR terlalu banyak menabur janji tetapi tidak pernah menepati janjinya. Itulah politik PKR.
“Selain itu, PKR turut mempunyai ‘hubungan’ dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kita di Sarawak lebih-lebih lagi yang berbangsa Iban memang tidak dapat menerima PAS,” ujarnya yang merupakan seorang penyanyi Iban yang popular dengan lagu ‘Penyayau Enda Luya’.
Seandainya menang di Parlimen Kanowit kelak, Ellison memberitahu perkara pertama yang akan dibuatnya ialah bertemu dengan rakyat dan turun padang bagi mengetahui masalah-masalah yang mereka hadapi.
“Saya tidak mahu berjanji banyak-banyak, cuma perkara pertama yang saya buat ialah mahu bertemu dengan rakyat seandainya penduduk Kanowit memberikan mandat kepada saya untuk menjadi wakil mereka kelak.
“Dengan cara sedemikian, ia dapat membantu saya mengenal pasti masalah rakyat serta memperolehi idea membantu rakyat. Cara itu amat berkesan.
“Kalau hari ini tidak dapat selesaikan masalah rakyat tahun ini, tahun kedua kita cuba. tidak dapat juga, tahun ketiga pula.
“Kita akan cuba dan cuba sehingga masalah yang menghantui rakyat dapat diselesaikan,” katanya dengan penuh semangat.
Menurut Ellison, SWP akan memberi bantuan kepada pelajar yang berjaya memasuki universiti.
Ujarnya bantuan sedemikian pernah diberikan di kawasan Pelagus dan ia juga akan diberikan kepada rakyat di kawasan SWP kelak seandainya SWP menang di semua kerusi milik PRS nanti.
SWP yang diterajui oleh bekas Ahli Parlimen Julau Datuk Sng Chee Hua dikhabarkan akan meletakkan calon-calonnya di semua kerusi milik PRS pada PRU13 kelak.
Kerusi milik PRS ialah di Parlimen Julau, Lubok Antu, Sri Aman, Hulu Rajang, Kanowit dan Selangau.

No comments:
Post a Comment