Tuesday 8 May 2012

Dayak harus peka rebut setiap peluang: Jabu


by Clare Cinderella. Posted on May 8, 2012, Tuesday

UNTUKMU: Bernard (kanan) menyampaikan cenderamata kenangan kepada Jabu, selepas beliau berucap dalam majlis itu malam kelmarin.


Kerajaan sedia pelbagai peluang kepada rakyat untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik

MIRI: Masyarakat Dayak sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar, perlu peka untuk merebut setiap peluang yang disediakan ke-rajaan bagi mengubah kehidupan mereka menjadi le-bih baik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang ketika menggesa demikian memberitahu bahawa kerajaan pusat dan negeri, ketika ini telah dan sedang menjalankan pelbagai program transformasi yang menyedia-kan pelbagai peluang pekerjaan serta ekonomi kepada rakyat dengan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak.

Oleh yang demikian katanya, kerajaan akan sentiasa mendahulukan pembangunan di kawasan bandar kerana ia meru-pakan tumpuan rakyat untuk merebut semua peluang daripada pekerjaan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya.

“Ini kerana semakin ramai penduduk di luar bandar berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari peluang-peluang pekerjaan dan keadaan hidup yang lebih baik.

“Peluang pendidikan untuk anak-anak membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik dan meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang le-bih tinggi.

“Kita mahu golongan yang meninggalkan luar bandar kembali semula ke kampung halaman mereka dengan membawa bersama pembangunan dan kemajuan hasil daripada kecemerlangan dalam pendidikan yang diperolehi, agar penghijrahan pada masa akan datang dapat dikurangkan,” katanya.

Jabu berkata demikian semasa berucap dalam majlis sam-butan Perayaan Hari Gawai Dayak 2012 Peringkat Bahagian Miri di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubun-gan Dato Sri Michael Manyin yang juga penaung majlis makan malam yang dihoskan oleh Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) serta pengerusi penganjurnya Kap-ten Bernard Idit.

Sehubungan itu Jabu menggesa kaum Dayak yang lain agar mencontohi langkah Persekutuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) yang walaupun berhijrah dari luar bandar ke bandar-bandar besar namun kemudiannya mewujudkan kerjasama di kalangan etnik mereka yang pelbagai, untuk memajukan Orang Ulu yang masih tinggal di luar bandar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tumpuan khusus kepada Sarawak melalui lawatan-lawatan ke negeri ini dan beberapa peruntukan dan belanjawan yang besar.

“Di peringkat negeri melalui kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, semua perbezaan diketepikan sebaliknya semua masyarakat pelbagai kaum di negeri ini mempunyai peluang sama rata untuk merebut peluang eko-nomi, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.

“Tidak ada yang akan ter-tinggal di belakang, termasuk kaum Penan yang menetap jauh di pedalaman.

“Hakikatnya menjelang 2020 kelak, semua kaum dan lapisan rakyat di negeri ini akan dapat sama-sama menikmati pembangunan yang melimpah,” katanya.

Dalam tempoh sembilan tahun akan datang, rentak pembangunan semakin rancak se-iring dengan usaha kerajaan ma-hu mengubah rakyat dan taraf ekonomi mereka kepada penduduk berpendapatan tinggi melalui pelbagai program transformasi, bukan sahaja di bandar tetapi juga di luar bandar.

“Melalui program-program transformasi oleh kerajaan ini, menjelang 2020, kita akan mampu keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Oleh itu kita perlu bekerja lebih keras dan jangan bergaduh serta bertelingkah se-sama sendiri lagi.

“Jika kita masih juga terus mundur dan miskin menjelang tahun 2020 kelak, jangan pula salahkan sesiapa, kerana ke-rajaan telah menyediakan semua kemudahan dan peluang,” katanya.

Sementara itu, Manyin dalam majlis yang sama mahu masya-rakat Dayak yang sudah berjaya tidak melupakan kaum mereka yang masih lagi dalam kekurangan terutama di kawa-san luar bandar.

Beliau mengingatkan me-reka supaya ‘membayar balik’ kepada masyarakat mereka sendiri, segala kejayaan dan kemakmuran yang diperolehi mereka hari ini dengan membantu membangunkan kawa-san luar bandar, agar masya-rakat Dayak yang serba keku-rangan di sana mampu merasai kemajuan yang dicapai.

“Sudah tiba masa bagi kita ‘membayar balik’ segala kejayaan yang kita perolehi dan kita harus ‘bayar balik’ dengan membawa pembangunan dan perubahan, agar kaum Dayak yang miskin dan terpinggir di luar bandar terbela dan tidak terus ketinggalan di belakang kaum lain,” katanya

No comments:

Post a Comment