Posted on May 8, 2012, Tuesday
LIMBANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan polisi suka berjanji sebaliknya segala dasar dan polisi tersebut dikaji terlebih dahulu bagi memastikan ia memberi faedah berguna bukan saja untuk gene-rasi sekarang tetapi juga generasi akan datang.
Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, ia berbeza dengan sikap pembangkang yang gemar memberikan janji menggunung tetapi tidak dapat ditu-naikan semuanya dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat.
“Kerajaan akan melihat, berfikir dan mengkaji dahulu setiap polisi dan dasar yang akan dibuat.
“Ia membabitkan masa depan bukan saja kepada kita pada hari ini tetapi yang lebih penting untuk generasi masa depan,” katanya pada majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Suarah Limbang semalam.
Turut hadir wakil Residen Limbang Abdul Malik Hasyim, Pegawai Daerah Limbang Anyi Ngau dan Temenggung Jarum Antot.
Hasbi berkata, keputusan itu dilakukan lebih teliti agar masa depan anak-anak akan menjadi lebih senang dan bukannya me-rempat di negeri sendiri.
“Kita (kerajaan) bukan seperti pembangkang yang suka berjanji tetapi selepas itu menghilangkan diri.
“Jangan mudah terperdaya dengan janji menggunung pembangkang kerana janji itu terlalu manis. Tetapi untuk melaksanakannya adalah sukar,” katanya.
Rakyat Limbang tambah Hasbi tidak harus mudah diperkotak-katik oleh orang luar yang hanya datang sekejap khususnya pada musim pilihan raya ini.
“Kita tidak suka berjanji ke-rana apa yang penting adalah untuk membawa perubahan dan kemajuan kerana masih banyak lagi yang perlu dilakukan kerajaan untuk membawa transformasi pembangunan di sini,” ujarnya.
Kata Hasbi, kerajaan sentiasa akan menunaikan janji untuk menolong rakyat seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pelbagai bantuan jelasnya, sudah disalurkan untuk dinikmati segenap rakyat Malaysia seperti subsidi minyak, bantuan RM100, baucar buku untuk pelajar IPTA dan pelbagai bantuan lain.
Menyentuh mengenai bantuan subsidi katanya, kerajaan sudah mengeluarkan perbelanjaan berbilion ringgit bagi tujuan tersebut yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Ada sesetengah bantuan kerajaan yang kita tidak nampak di depan mata tetapi turut dirasai rakyat. Semua bantuan diberikan untuk meringankan beban mereka,” katanya.
Dalam pada itu Hasbi turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang suka menabur fitnah untuk menghasut rakyat.
Jelasnya, lebih bahaya pihak-pihak tersebut membawa isu sensitif yang boleh memecah belahkan perpaduan selama ini.
“Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa diperkotak-katik oleh pihak terbabit.
“Semua ini jelas terbukti melalui Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas di mana golongan muda diajar untuk tidak menghormati undang-undang sehingga menimbulkan keadaan huru-hara,” katanya.
Terdahulu seramai 973 orang menerima bantuan BR1M.
No comments:
Post a Comment