Monday 28 May 2012

Anwar tiada kredibiliti PM

Posted on May 28, 2012, Monday


UNIK: Taib melihat keunikan kraf perahu bidar yang diserahkan sebagai cenderamata kepadanya semalam. Turut kelihatan Toyad dan Fatimah.

Beliau tidak layak jadi PM kerana gagal sampaikan pelbagai projek semasa jadi TPM

BALINGIAN: Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada kred­ibiliti menjadi Perdana Menteri.

Ini terbukti menerusi re­kodnya sepanjang tempoh menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Menteri Pehin Sri Ab­dul Taib Mahmud berkata An­war telah gagal menyampaikan pelbagai projek persekutuan yang merupakan penjelasan kepada keupayaannya.

“Terdapat segelintir indi­vidu yang membuat keny­ataan dan berkata beliau (Anwar) berkebolehan untuk menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi saya perlu ka­takan beliau telah gagal men­yampaikan projek-projek yang telah diluluskan ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri berkata demikian pada penu­tupan Pesta Balingian di sini semalam.

Beliau kemudiannya turut mengingatkan rakyat Sarawak agar berfikir dengan baik pada Pilihan Raya Umum akan datang memandangkan undi mereka akan menentukan hala tuju masa depan negara.

“Najib mempunyai keu­payaan untuk memimpin dan saya melihat beliau ada visi untuk memimpin negara dan bukan Anwar,” tegasnya.

Sementara itu Taib yang juga ADUN Balingian men­gutarakan idea agar Pesta Kaul, Pesta Dalat dan Pesta Balingian disatukan sebagai acara utama pada masa akan datang.

Cadangan ‘Three Rivers Festival’ itu bakal menyak­sikan penyertaan masyarakat dari Mukah, Dalat dan Baling­ian untuk menganjurkan acara di tiga lokasi.

“Dana boleh diwujudkan untuk menganjurkan acara ini dan dengan modal yang besar ia mampu menukar acara ini kepada acara utama, bukan sekadar acara untuk pen­duduk tempatan berkumpul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Pesta Balingian di Tebingan Batang Balingian di sini semalam.

Tambah Taib, menerusi acara berskala besar dan meli­batkan penyertaan masyarakat sekitar, kawasan berkenaan merupakan satu platform ter­baik untuk mempromosikan ekonomi.

“Justeru, dana pelancongan untuk ‘Three Rivers Festival’ boleh diwujudkan dan festival ini boleh diadakan secara tahunan mengikut giliran,” tambahnya.

Terdahulu, Taib dalam ucapannya berkata pendeka­tan politik pembangunan olehnya seharusnya tidak disalahertikan sebagai peru­bahan dalam satu terma iaitu ekonomi sahaja.

“Perubahan dalam masyar­akat tidak hanya melibatkan ekonomi, tetapi kita mahu rakyat berubah dari segi pemikiran ke arah mening­katkan status keluarga,” katanya.

Atas sebab itu, Taib meng­gesa rakyat agar meman­faatkan kemudahan Internet dan Wi-Fi untuk mempro­mosikan perniagaan mereka terutama di kalangan pen­duduk luar bandar.

Sementara itu Ahli Parli­men Mukah Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad ber­kata pemimpin BN Negeri mempunyai keupayaan un­tuk memperbaiki kehidupan rakyat di luar bandar.

“Kita telah melihat peru­bahan yang pesat terutama di Balingian. Sebelum ini tidak terdapat jalan tar (turap) dan kita perlu bergantung kepada bot.

“Namun kini, jalan raya yang baik telah menghubung­kan Balingian ke Mukah selain menjimatkan masa,” katanya.

Beliau kemudiannya turut menggesa rakyat agar tidak terperangkap dengan cerita pembangkang terutama meli­batkan industri-industri yang diwujudkan di kawasan ini.

“Terdapat aduan bahawa kilang Press Metal di sini telah memberi kerosakan ekologikal kepada Sungai Balingian, tetapi sebenarnya imej yang ditunjukkan dalam Internet berlaku beberapa tahun lalu sebelum kilang ini ditubuhkan,” katanya.

Festival berkenaan telah bermula 25 Mei lepas dan pelbagai aktiviti telah di­adakan dengan acara utama ialah regata dan perlumbaan bot pam air.

Turut hadir ADUN Dalat Datuk Fatimah Abdullah yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga.

No comments:

Post a Comment