Tuesday 8 May 2012

PR sasar menang 10 kerusi di Sarawak


by Mastura Ismail. Posted on May 8, 2012, Tuesday

TURUN PADANG: (Duduk empat kiri) Baru, Anwar, Dr Lau dan Ali bersama pemimpin PR di Limbang pada majlis bersama penyokong mereka di Limbang petang kelmarin.
Ia bagi membolehkan mereka menang majoriti untuk membentuk k’jaan pembangkang baharu


LIMBANG: Pakatan Rakyat (PR) berhasrat untuk memenangi 10 kerusi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan parti itu menang majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan pembangkang baharu di negara ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu enam hingga lima kerusi diagihkan untuk kawasan bandar manakala empat kerusi bagi kawasan luar bandar termasuk kerusi Limbang.

Menurutnya, bagi memastikan kemenangan tersebut jentera pilihan raya melibat-kan PR sudah melakukan persiapan rapi untuk menghadapi PRU13 yang semakin dekat.

Beliau berkata, PR juga sudah mempunyai manifesto, program pilihan raya, buku jingga, agenda dan manifestasi satu suara melibatkan semua parti komponen di bawah PR.

“Kami akan bertanding di semua kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan majoriti bagi membentuk kerajaan persekutuan pembangkang baharu bagi menawan Putrajaya pada PRU13 ini kelak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini petang kelmarin.

Turut hadir Pengerusi PKR Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian, ADUN Krian Ali Biju, bekas calon PKR Limbang Dr Liau Liak Kui dan jemputan lain.

Anwar berkata, PR akan bekerja keras untuk memenangi kerusi terbabit terma-suk menawan kerusi Limbang dengan mengetengahkan isu tanah, harga barang, pendidikan percuma, hubungan kaum dan isu lain.

Beliau juga menambah, sudah ada kesedaran di kalangan rakyat untuk melakukan per-ubahan berdasarkan sambutan cukup baik rakyat pada siri jelajah PKR di beberapa kawasan termasuk Saratok, Baram dan kawasan lain di Sarawak kelmarin.

Dalam pada itu beliau menjelaskan bahawa PR berjanji akan menurunkan harga minyak di seluruh negara dalam tempoh 24 jam jika mereka berjaya menubuhkan kerajaan pembangkang baharu pada PRU13 nanti.

Sementara itu ADUN Ba’Kelalan Baru Bian berkata, beliau akan terus memperjuangkan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) penduduk Limbang pada PRU kelak.

Katanya, ia berdasarkan hasil maklum balas masyara-kat di sini khususnya di kawasan luar bandar mengenai isu terbabit.

Sementara itu sekitar lebih 200 orang menghadiri program jelajah PKR di Limbang yang disusuli dengan pelancaran Bilik Gerakan PKR Limbang dan seterusnya majlis bersama rakyat di Kampung Buluh Balui Limbang pada malam harinya.

No comments:

Post a Comment