Tuesday, 15 May 2012

BN tidak takut dengan Radio Free Sarawak

Posted on May 13, 2012, Sunday

MIRI: Barisan Nasional (BN) tidak pernah takut atau berasa tergugat dengan kehadiran Radio Free Sarawak, sebaliknya menyifatkannya sebagai hanya satu saluran media sosial pembangkang untuk menghasut rakyat.

Salah seorang ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sibuti berkata, radio tersebut hanya satu propaganda pembangkang untuk meraih undi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

“BN tidak pernah takut atau gentar dengan kewujudan radio terbabit sebaliknya ia hanya berfokuskan kepada hasutan berbanding penyebaran maklumat benar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, PAS Sarawak sengaja menimbulkan isu bahawa BN takut dengan Radio Free Sarawak kerana mereka tidak isu lain untuk mengelirukan rakyat setempat.

“Dakwaan tersebut tidak berasas kerana rakyat mulai menolak pemberian radio terbabit di kampung-kampung dan rumah panjang kerana ia tidak memberi manfaat kepada pendengar,” jelasnya.

Pada masa sama, kerajaan memiliki saluran media yang menyalurkan maklumat tepat kepada pendengar dan mereka diharap tidak terkeluar dari landasan media yang benar.

“Apa sahaja yang dihebahkan dalam radio terbabit kebanyakannya tidak tepat atau benar bahkan maklumat yang disalurkan lebih menjurus kepada kritikan terhadap kerajaan,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyelar dakwaan bahawa BN meniru taktik pembangkang yang memberi keperluan harian seperti beras atau gula kepada rakyat.

“BN menghulurkan bantuan secara berterusan bukan hanya keperluan harian rakyat tetapi merangkumi semua perkara seperti infrastruktur demi untuk kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk setempat agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan yang dihebahkan dalam radio pembangkang itu.

No comments:

Post a Comment