Monday, 21 May 2012

SUPP cuma hantar satu senarai calon

Posted on May 18, 2012, Friday


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cuma menghantar satu senarai calon bagi mewakili parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Sebaliknya, prinsip yang dihormati oleh puak Dato Sri Wong Soon Koh dan Datuk Seri Peter Chin ialah meletak-kan kepercayaan bersama kepada calon boleh menang di setiap kerusi.

Perkara itu dinyatakan Menteri Muda Alam Sekitar Dr Jerip Susil semalam sambil menjelaskan ia bagi memastikan kemenangan berpihak kepada SUPP dan Barisan Nasional (BN) pada keseluruhannya.

“Penetapan calon bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, kami mengesyorkan dan semua pihak juga boleh membuat pengesyoran tetapi ia harus bersandarkan calon boleh menang.

“Tiada kumpulan memberikan keutamaan masing-masing, kami sekarang berdasarkan akar umbi untuk mengesyorkan siapa calon boleh menang.

“Kadang-kadang, kedua-dua pihak mengesyorkan calon sama dan begitu juga oleh BN,” katanya yang ditemui pada sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 di sini, semalam.

Dr Jerip yang juga ADUN Bengoh berkata SUPP akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kemenangan dan kini sedang membuat penilaian di semua kerusi melibatkan enam kerusi majoriti Cina dan satu kerusi majoriti Bumiputera.

“Untuk kerusi Bumiputera, kami yakin boleh menang tetapi bagi enam kerusi bandar kami akan bekerja keras dengan meletakkan calon boleh menang,” katanya.

Mengenai kerusi Stampin, Dr Jerip berkata SUPP sudah mengemukakan calon dan ke-putusannya akan diputus- kan oleh pengerusi BN Ne-geri dan BN Pusat.

Bagaimanapun, beliau ti-dak mendedahkan calon yang dikemukakan sambil menjelaskan ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri apabila tiba masanya.

No comments:

Post a Comment