Tuesday, 8 May 2012

Peace Party Sarawak suarakan hasrat bergabung dengan SWP


Posted on May 8, 2012, Tuesday


Marcus
KUCHING: Penaja Peace Party Sarawak menyuarakan hasrat untuk bergabung de-ngan Sarawak Workers Party (SWP) jika tawaran mereka untuk didaftarkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) gagal menjadi ke-nyataan.

Timbalan Presiden Protemnya Marcus Kanyong ber-kata, satu mesyuarat dengan penggerak utama SWP Datuk Sng Chee Hua telah diatur untuk membincangkan kerja-sama tersebut.

Cadangan itu tercetus ber-ikutan kegagalan Peace Party untuk mendapatkan sijil pendaftaran mereka di pejabat Kementerian Dalam Negeri Jumaat lepas, walaupun diberitahu oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Putrajaya bahawa pendaftaran mereka telah diserahkan semua de-ngan jelas.

“Kami telah diberitahu oleh pegawai kanan kementerian bahawa terdapat sedikit kelewatan untuk mengesahkan pendaftaran kami yang mana pegawai berkenaan memberitahu kita bahawa tidak ada masalah dengan permohonan kami dan bahawa kelulusan akan diberi tidak lama lagi.

“Tiada apa yang boleh kami lakukan sekarang kerana kementerian tidak menyatakan apa-apa sebab bagi kelewatan itu.

“Sementara menunggu untuk permohonan yang diluluskan, apa yang terbaik adalah kami bertindak atas pelan kontingensi kami,” kata usahawan berusia 48 tahun itu ke-tika ditemui semalam.

Peace Party juga mengintai kerusi Sri Aman dan Lubok Antu jika pendaftaran mereka diluluskan di mana mereka bercadang untuk mencalon-kan Marcus dan Ketua Publisiti Protem Pok Ungkut untuk bertanding di bawah tiket SWP.

“Kami mahu bekerjasama dengan SWP,” tegas Marcus lagi.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu bahawa parti itu akan meletakkan calon-calonnya di bawah tiket Bebas sekiranya kerjasama dan sokongan gagal dicapai.

Kedua-dua calon berkena-an, Marcus dan Pok aktif turun padang sejak enam bulan yang lalu untuk mengukuhkan kehadirannya di kawasan Parlimen masing-masing yang bakal ditandingi.

Baru-baru ini, mereka men-dakwa telah meraih penyo-kong kira-kira 2,000 di kawa-san itu seperti di Rapak, Kara, Mentu, Kedumpai dan Abok.

SWP walaupun mendakwa mesra BN, mendedahkan hasrat untuk menewaskan semua wakil PRS di Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Sela-ngau dan Hulu Rajang dalam pilihan raya akan datang.

No comments:

Post a Comment