Tuesday 22 May 2012

Lebih 2,000 orang dengar ucapan Anwar

Posted on May 22, 2012, Tuesday


KUCHING: Lebih 2,000 orang membanjiri pekarangan pejabat Parti Keadilan Negeri (PKR) Stampin di bazar lama Batu 3 di sini malam kelmarin bagi mendengar ucapan Penasihat PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai mula menge-rumuni lokasi ceramah ‘Merdeka Rakyat’ anjuran PKR Negeri itu pada sekitar jam 7.30 malam, di mana ketika itu Anwar masih menghadiri satu majlis di Bau dekat sini dan pemimpin pembangkang itu tiba pada sekitar jam 10 malam.

Ketibaan Anwar kemudiannya disambut dengan tepukan para hadirin daripada pelbagai kaum dan peringkat usia dan sejurus itu diiringi dengan laungan ‘hidup Anwar, hidup rakyat’ ketika beliau hendak menyampaikan ucapan.

Antara isu yang diterangkan oleh Anwar ialah Bersih, rasuah, NCR serta hak dan kepentingan yang dimiliki rakyat untuk dipertahankan.

Selain Anwar, turut hadir ialah Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni, Ketua Wanita PKR Sarawak merangkap Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pusat Nurhanim Mokhsen, ADUN Batu Lintang yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pusat See Chee How, Ketua Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri PKR dan Ketua Cabang PKR Betong Abang Zulkifli Abang Engkeh, Pe-guam SUARAM Fadiah Nadwa Fikri, Ahli Parlimen Bandar Kuching merangkap ADUN Kota Sentosa dan Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen, Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid, Pengerusi DAP Negeri me-rangkap Ahli Parlimen Sibu dan ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng, ADUN Ba’Kelalan merangkap Pengerusi PKR Negeri Baru Bian dan ADUN Chuat, Negeri Sembilan yang juga ahli pimpinan pusat PKR Chai Tong Chai.

Baru menegaskan ceramah tersebut telah menunjukkan bahawa PR bersatu.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa PR mampu menawan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang.

Jelas beliau, ini susulan respons daripada rakyat terutama di luar bandar yang telah menyatakan akan memberi sokongan kepada PR terutama PKR.

“Kita (PR) akan melawan Barisan Nasional (BN) satu per satu,” katanya.

Ceramah juga berlangsung dengan aman tanpa berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Polis dan RELA turut ditempatkan di lokasi tersebut bagi memantau dan mengawal keadaan.

No comments:

Post a Comment