Monday 21 May 2012

PR digesa lunas hutang PTPTN pelajar di negeri mereka

Posted on May 21, 2012, Monday


KOTA SAMARAHAN: Pakatan Rakyat (PR) yang mencadangkan agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan digesa melaksanakan terlebih dahulu perkara itu di negeri yang diperintah oleh mereka dengan membuat pembayaran semula hutang PTPTN bagi pihak pelajar mereka.

Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal Datu Len Talif Salleh berkata kerajaan negeri PR tersebut harus melunaskan jumlah hutang PTPTN setiap negeri yang diperintah mereka seperti Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor untuk menunjukkan kejujuran mereka berkhidmat.

“Sekiranya mereka jujur dan ikhlas, mereka harus membayar balik kepada PTPTN dan tidak perlu bagi mereka untuk menunggu sehingga mereka berada dalam kerajaan persekutuan,” katanya selepas mewakili Ketua Menteri Pehin

Sri Abdul Taib Mahmud untuk menyerahkan bayaran PTPTN kepada 563 pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Len Talif yang juga merupakan Menteri Muda Alam Sekitar, menjelaskan bahawa sekiranya kerajaan negeri PR percaya dalam perjuangan mereka dan benar-benar ikhlas untuk memenuhi semua janji, mereka seharusnya tidak teragak-agak untuk membayar semula pinjaman tersebut.

“Dan sekiranya mereka tidak membayar balik, ia akan menunjukkan mereka telah berbohong. Ini adalah hanya untuk menguji kejujuran mereka,” jelasnya.

Di Sarawak sahaja, beliau berkata PTPTN telah memperuntukkan sejumlah RM2.5 bilion kepada kira-kira 114,000 pelajar sejak PTPTN ditubuhkan pada 1997.

Terdahulu, dalam ucapannya Len Talif mengecam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menimbulkan idea untuk memansuhkan PTPTN.

“Beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri ketika PTPTN ditubuhkan dan sekarang beliau mengemukakan idea untuk memansuhkan tabung tersebut.

“Jangan jadikan isu berkaitan dengan pendidikan sebagai politik terutama PTPTN, yang telah membantu ramai pelajar di seluruh negara,” tambahnya.

Pada masa yang sama beliau memberitahu, sebanyak 85 peratus pelajar Sarawak yang menerima pinjaman PTPTN tidak melupakan tanggungjawab pembayaran semula mereka.

“Ini menunjukkan bahawa ramai anak-anak kita adalah bertanggungjawab.

“Dalam pada itu, saya berharap pelajar akan menggunakan dana tersebut dengan baik, berbelanja dengan bijak dan berjimat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, sebahagian daripada pelajar telah menyalahgunakan wang pinjaman PTPTN mereka.

“Terdapat segelintir pelajar yang berkata jumlah yang mereka terima adalah tidak mencukupi.

“Itu adalah kerana mereka telah membelanjakannya untuk gajet canggih seperti SamsungGalaxy Note dan Tab.

No comments:

Post a Comment