Thursday 24 May 2012

Berundur pada masa sesuai

by Patricia Gari. Posted on May 24, 2012, Thursday


Tidak perlu maklumkan pembangkang tarikh saya mengundur diri: Taib
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak perlu memaklumkan pembangkang tarikh untuk mengundur diri.

Peralihan kuasa ujarnya ha-nya akan berlaku apabila tiba masanya dan sudah tentu pada masa yang sesuai.

Menurutnya memerintah sebuah negeri bukan sekadar kuasa tetapi penuh dengan tanggungjawab memastikan pembangunan sosioekonomi Sarawak terus membangun bukannya semakin rapuh.

“Saya menyifatkan ini sebagai antiklimaks kepada apa yang dibicarakan.

“Mungkin DAP (Parti Tindakan Demokratik) boleh berbuat demikian tetapi saya ti-dak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini,” kata-nya.

Taib berkata demikian sebagai menjawab soalan dikemukakan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) yang mempersoalkan tarikh beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri ketika me-nyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Beliau berkata implikasi mengekalkan kemasukan pe-laburan dan kedudukan Sara-wak yang baik harus diketahui terlebih dahulu oleh pembangkang sebelum mempersoalkan peletakan jawatannya.

“Saya tidak perlu beritahu anda (Chong) mengenai per-kara ini kerana ia urusan peri-badi, apabila tiba masanya saya akan umumkan dan saya me-mastikan ia lebih baik dari-pada pelan peralihan kuasa di Kuching,” tegasnya.

Isu peletakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri hangat diperkatakan lebih-lebih lagi pembangkang selepas beliau menyatakan hasratnya untuk berundur selepas pilihan raya negeri lalu dalam tempoh dua tahun kemudian.

Bagaimanapun beliau selepas itu memaklumkan media, peralihan kuasa pucuk kepimpinan negeri hanya akan berlaku apabila tiba masa lebih sesuai.

No comments:

Post a Comment