Thursday, 3 May 2012

Gaji minimum ‘tidak adil’


Posted on May 3, 2012, Thursday



Kos sara hidup di negeri ini lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia: MTUC S’wak


KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak menyifatkan kadar gaji minimum RM800 bagi Sarawak yang diumumkan kerajaan sebagai ‘tidak adil’.

Pengerusinya Mohamad Ibrahim Hamid dalam kenya-taan medianya berkata ini ke-rana kos sara hidup di negeri ini lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

Kos sara hidup di Sarawak katanya adalah 15 hingga 25 pe-ratus lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Sementara pekerja kerajaan dibayar elaun wilayah, pekerja sektor swasta pula ti-dak ada.

“Walaupun mengalami pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan perkembangan pesat sejak merdeka, gaji pekerja di Sarawak masih rendah.

“Gadis yang bekerja di pasar raya misalnya mendapat gaji kurang RM500 dan pekerja di restoran makanan segera di sebuah pusat beli-belah paling popular di bandar raya ini ha-nya dibayar RM2.30 sejam, semuanya di bawah garis kemis-kinan RM962,” katanya.

Mohamad Ibrahim menarik perhatian dengan menyata-kan dakwaan Persatuan Kayu Sarawak, gaji minimum RM800 untuk 32,000 pekerja dalam industri membawa makna bertambahnya kos seba-nyak RM150 juta setahun.

Ketika ini pekerja dalam sektor itu dibayar RM409 sebulan atau kurang RM16 sehari, tambahnya.

“Nampaknya kadar bagi Sarawak adalah lebih rendah kerana kemampuan majikan di Sarawak untuk membayar adalah kurang berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Jumlah itu menunjukkan lebih dua dekad peningkatan gaji (2.9 peratus) jauh lebih ke belakang berbanding peningkatan produktiviti (4.5 pe- ratus),” jelasnya.

Selasa lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan gaji minimum sektor swasta adalah RM900 sebulan di Semenanjung mana-kala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ialah RM800 sebulan.

Perdana Menteri berkata gaji minimum itu akan meliputi pe-kerja dalam semua sektor eko-nomi di seluruh negara kecuali perkhidmatan domestik yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

Menurut Perdana Menteri tarikh bermulanya pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

No comments:

Post a Comment