Wednesday 29 February 2012

Bukan mustahil tawan semula P. Pinang


BERTEMU dengan Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang ini semacam berjumpa 'orang baru' daripada Barisan Nasional (BN). Orang baru yang pada pengamatan penulis ialah individu yang suka berterus-terang, tidak retorik dan menyerlahkan tabir realiti sebenar cabaran BN masa kini.
H'ng Khoon Leng baru berusia 47 tahun tetapi di kalangan pemimpin dan ahli komponen BN Pulau Pinang, beliau dikenali sebagai seorang yang agresif, berhati waja dan berani tampil memperjuangkan dasar-dasar parti.
Memang sukar menemui pemimpin muda seperti Khoon Leng dalam Gerakan seperti mana sebelum ini. Kalau nampak serupa pun perawakannya mungkin seperti rakan seperjuangannya, Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow.
Kadang kala kelantangan Khoon Leng kurang disenangi terutama apabila beliau tidak gusar 'menegur' bos sendiri dalam Gerakan.
Menemui Khoon Leng di Georgetown Khamis lepas untuk menyelami isi hati pemimpin muda itu serta berkongsi pengalamannya mengenai senario semasa politik Pulau Mutiara. Beliau dalam nada keyakinan yang tinggi menarik perhatian bahawa: "Tidak mustahil bagi BN untuk merampas semula Pulau Pinang."
Ini bersandarkan beberapa faktor. Faktor teratas sekali ialah hubungan di antara parti-parti komponen BN di Pulau Pinang semakin baik. Meskipun begitu, tegasnya, untuk mencapai matlamat tersebut, BN mestilah lebih berani lagi mentransformasi gerak kerja sedia ada dalam kalangan mereka.
"BN boleh menang di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Tapi kalau mahu ikut cara sekarang tidak boleh. Kena berani lakukan lagi transformasi.
"Peringkat buat kerja kita tidak cukup. Amalan kamu buat kerja kamu, kami buat kerja kami adalah salah. Tidak boleh lagi," katanya.
Pada PRU-12 tempoh hari, hanya UMNO bertapak di Pulau Pinang dengan meraih 11 daripada 40 kerusi DUN manakala Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang ditandingi.
Bagi Khoon Leng, BN tidak boleh lagi bergantung kepada seorang pemimpin semata-mata untuk menerajui misi parti di Pulau Pinang.
Sudah tiba masanya beberapa pemimpin lain yang berkebolehan dan disenangi akar umbi turut sama diberi peluang dan diketengahkan.
Apa yang penting pemimpin tersebut memiliki pendirian tegas selain boleh menjaga serta adil kepada semua kaum.
Pada pengamatan beliau, kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidaklah secekap mana mentadbir negeri. Apa yang dilihatnya Guan Eng hanya pandai bermain politik sehingga sebilangan rakyat terpengaruh dan menyokong Setiausaha Agung DAP itu.
"Mereka (kerajaan negeri) mempunyai banyak kelemahan. Guan Eng tidak memperuntukkan masa sepenuhnya untuk mentadbir negeri, banyak main politik sahaja.
"Contoh terbaru, isu penjualan tanah Bayan Mutiara. Dia (Guan Eng) mengaku ia dibuat secara tender terbuka. Walhal banyak perkara yang kita boleh nilai sendiri bahawa proses penjualan tersebut tidak menepati ciri-ciri tender terbuka," ujarnya.
Selain itu, kata beliau, mutu perkhidmatan wakil rakyat pakatan pembangkang juga tidak memuaskan berbanding pemimpin BN. Kepincangan tersebut mungkin tidak dapat dibaca dalam surat khabar tetapi ia sering kali menjadi bahan cerita di kedai-kedai kopi, kata Khoon Leng lagi.
Kata beliau: "Dia (Guan Eng) sebenarnya tiada wawasan. Kalau ada wawasan, dia tidak perlu buat banyak perkara secara ad hoc. Tidak perlu jual tanah di sana sini. Tiada satu perancangan menyeluruh.
Guan Eng yang bukan anak jati Pulau Pinang dilihatnya mempunyai impian menjadikan negeri ini seperti Singapura. Namun Pulau Pinang tidak boleh menjadi seperti republik itu. Ini kerana Pulau Pinang mempunyai budaya dan warisan tersendiri yang perlu dipertahankan.
Di Georgetown sendiri, kata Khoon Leng, banyak hartanah telah dibeli oleh orang luar khususnya dari Singapura.
Perkara ini jika tidak segera dibendung, dikhuatiri sudah terlambat dan kelak menjadikan rakyat Pulau Pinang seperti orang merempat suatu hari nanti - apabila satu persatu kawasan dalam pulau dimiliki orang luar.
Bagaimanapun, kata Khoon Leng, rakyat mungkin tidak sedar perkara ini.
"Dia (Guan Eng) cakap Singapura cukup bagus. Pulau Pinang mahu jadi macam Singapura. Tapi saya takut lama-kelamaan semua warisan Pulau Pinang hilang begitu sahaja.
"Rakyat tidak nampak semua ini. Pemimpin (BN) yang kena sampaikan kepada mereka tetapi tiada yang buat," jelasnya.
Beliau menambah, banyak kejayaan dan perancangan yang baru siap sebenarnya adalah hasil usaha kerajaan BN terdahulu.
Guan Eng 'bijak' menggunakan kelebihan tersebut untuk mencari publisiti sehinggakan perkara-perkara kecil mendapat liputan meluas akhbar-akhbar Cina.
Bagaimanapun, Khoon Leng kecewa kerana ada pemimpin BN tidak mahu mengambil kesempatan tersebut untuk memaklumkan perkara sebenar kepada rakyat.
"Bagaimana rakyat mahu tahu program transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sedang berjalan kalau kita sendiri tidak uar-uarkan.
"Yang saya kecewa, ada pemimpin BN yang tak mahu heboh-heboh kononnya takut jika ada rakyat yang tercicir marah," tegasnya.
Sebelum mengakhiri pertemuan itu, Khoon Leng membisikkan: "BN perlu bertindak lebih tangkas mulai sekarang. Kita perlu menganggap setiap hari umpama sedang berdepan pilihan raya jika mahu menawan semula negeri ini.
"BN bukan sahaja kena rajin tapi juga perlu lebih 'pandai'. Setiap apa yang dibuat mesti dianggap sebagai satu perang demi mengembalikan maruah BN.

Calon boleh menang pilihan raya jika ahli-ahli parti tidak ‘buat hal’

MAHU menang atau kalah? Itu sahaja persoalan yang harus dilontarkan kepada ahli-ahli parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Jika jawapannya untuk menang, maka ada syarat-syaratnya. Begitu jugalah sebaliknya jika mahu kalah. Bagi Barisan Nasional (BN), jika benar sudah ada calon boleh menang diturunkan, maka tidak ada sebab calon berkenaan tidak boleh menang.
Kekuatan ahli parti sama ada mewakili UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan apa sahaja parti akan menjadi penyumbang kemenangan. Jika semua ahli di satu-satu kawasan sepakat mahu menyokong calon pilihan parti, maka ia tidak ada masalah.
Cuma memerlukan sokongan tambahan daripada bukan ahli, pengundi ‘atas pagar’ malahan pengundi yang menganggotai parti lawan. Sokongan pengundi di luar parti, ‘atas pagar’ malahan ahli parti lawan amat penting bagi meluaskan lagi peluang.
Pada masa yang sama tidak ada gunanya mempunyai ahli ramai tetapi mereka tidak memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih pada hari pengundian atau ‘lebih parah’ lagi jika mereka tidak layak mengundi kerana tidak mendaftar sebagai pengundi yang sah. (Nota: Isu ramai orang UMNO/Melayu yang tidak mendaftar sebagai pengundi bukan perkara baru yang timbul hari ini, semalam atau kelmarin, tetapi isu lama. Kenapa jadi begitu?).
Pas, DAP, PKR tidak terlalu bergantung kepada jumlah ahli di satu-satu kawasan tetapi parti ini mampu memenangi banyak kerusi pada PRU dengan majoriti besar.
Semalam, sempena ulang tahun ke-63 MCA, parti itu mengumumkan jumlah keseluruhan ahlinya kini 980,000 orang. Dalam tempoh 2008 hingga sekarang, parti itu menerima kemasukan 35,000 anggota baru dan daripada jumlah itu, 28,000 di bawah umur 45 tahun. Diharapkan, 980,000 ahli MCA ini benar-benar pengundi setia BN pada PRU akan datang. Begitu juga dengan 3.34 juta ahli UMNO, 600,000 ahli MIC dan 580,000 ahli PPP. Mereka ini bukan sahaja menjadi pengundi setia tetapi juga diharap boleh mengundi pada PRU akan datang.
Di samping menghitung jumlah ahli yang ramai, kedudukan parti perlu diperkukuhkan.
Seperti kata Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek semalam, MCA yang sebelum ini berada di ‘persimpangan’ kini muncul sebagai sebuah parti yang lebih bersatu dan kuat selepas mengharungi banyak krisis.
Memang benar kata Soi Lek, rakyat tidak akan sokong parti yang diselubungi masalah.
‘‘Kita perlu perbetulkan keutamaan kita supaya kita boleh bergerak antara satu sama lain dan bekerja bersama-sama untuk satu tujuan tetapi dengan mempunyai banyak matlamat’’.
Bagaimanapun kata Soi Lek: ‘‘Walaupun kini MCA telah dianggap sebagai lebih lantang dan lebih efektif dalam menyelesaikan masalah, masalah yang kita hadapi ialah bahawa rakyat mungkin tidak sedar dengan apa yang kita sedang lakukan. Mereka lebih bersikap mengkritik mengenai apa yang anda tidak lakukan atau gagal lakukan’’.
Ya...tidak dinafikan ada rakyat malahan parti pembangkang sentiasa mencari apa yang belum dilakukan untuk membolehkan mereka terus mengkritik kerajaan.
Malahan, golongan seperti ini juga sentiasa mencari silap setiap program yang dilakukan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Pembangkang sedar semua program ini untuk rakyat yang tidak mampu dilaksanakan oleh mereka walaupun telah menabur pelbagai janji untuk memberi bantuan. Tetapi ia sekadar manifesto. Jika ada pun tidak semua yang dapat. Adalah sikit-sikit.
Akhirnya semua program yang diatur kerajaan itu menjadi sasaran kritikan. Mereka berusaha mencari ‘kekurangan’ yang ada. Malahan timbul juga suara-suara sumbang mengatakan BR1M yang memberi bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang terpilih sebagai rasuah. Mereka yang resah dengan program-program itu sengaja menimbulkan ‘keresahan’ di kalangan rakyat.
Namun hakikatnya, penyokong mereka tidak menolak habuan yang diberi. Mereka ‘tumpang semangkuk’. Seorang sahabat memberitahu, ada kawannya yang sanggup tukar kopiah atau ketayap putih kepada kopiah atau songkok hitam semasa mahu mengambil RM500. Kalau rasuah, pihak yang menerima harus menolaknya!
Kembali kepada PRU, dengan kekuatan ahli serta parti yang lebih kukuh serta mengurangkan perselisihan dalaman, ahli-ahli parti perlu digemblengkan untuk mencapai matlamat menang pada PRU akan datang. Namun sejauh mana masalah dalaman dapat dikurangkan menjelang PRU? Sudah menjadi lumrah, setiap kali menjelang PRU, ada saja yang tidak kena. Suara sumbang dalam parti menjadi satu perkara biasa. Begitu juga berebut mahu menjadi calon. Lebih ramai yang mengaku sebagai calon boleh menang daripada menawarkan diri untuk tidak dipilih.
Justeru calon boleh menang belum tentu boleh menang jika ahli-ahli parti ‘buat hal’ pada saat akhir. Penyakit sabotaj jika tidak dipilih jadi calon, bukan sesuatu yang luar biasa. Bilik gerakan ditutup, poster tidak ditampal, bendera tidak dikibar, ceramah tidak diatur dan macam-macam lagi menjadi masalah. Apakah masih ada perangai seperti ini?
Ada juga ahli parti yang bertindak seperti talam dua muka, musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan. Tidak kurang juga yang tiba-tiba membuka pekung di dada atau bagai tepuk air di dulang dan meludah ke langit. Mereka juga tidak malu mengeluarkan kenyataan bodoh!
Golongan seperti ini bukan lagi marahkan nyamuk kelambu dibakar tetapi sanggup membakar seluruh kampung hanya kerana marahkan ketua kampung.
Situasi seperti inilah yang menyebabkan calon boleh menang tidak mampu menang.
Justeru, ahli-ahli parti yang jumlahnya disenaraikan tadi perlu benar-benar setia kepada parti tetapi usahlah memaksa mereka melakukan sumpah setia atau bai’ah kerana semua ini hanya soal politik. Cukuplah kesetiaan mereka ditagih untuk mengundi secara bijaksana dan bekerja gigih untuk menangkan parti.
Sebagai ahli parti, mereka hendaklah mengetepikan semua perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pucuk pimpinan mengenai calon pada PRU akan datang.
Undilah calon yang ditunjukkan oleh pemimpin sama ada ia calon tempatan atau calon ‘payung terjun’. Soal calon luar ini juga satu ‘penyakit’ yang berlaku di kalangan parti komponen BN. Mereka agak sukar menerima calon luar. Ada saja alasan yang akan menggagalkan peluang calon ini. Tetapi lihatlah bagaimana pembangkang yang meletak calon dari negeri lain di kawasan tertentu tetapi menang mudah. Maka ahli-ahli parti komponen BN perlu melihat perbezaan berpolitik ini. Fokus utama parti adalah untuk menang dengan majoriti yang selesa bagi membentuk kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Dalam hal ini mereka perlu melihat kepada kemenangan parti, bukannya kemenangan individu.

Jika isu ini tak selesai, jangan harap PRU-13 BOLEH diadakan...


ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.
Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.
Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.
Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.
Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.
‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.
Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.
Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.
Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).
Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.
Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:
* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)
* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)
* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)
* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)
Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.
Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.
Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.
Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.
Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.
Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.
Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.
Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.
Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?
Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?
Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.
Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.
Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''
Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)
Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.
Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.

Setuju cadangan SPRM langkah berani PM

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya sumbangan dana politik wajib dibuat terus ke akaun rasmi parti dilihat sebagai tindakan berani dan tegas.
Pengasas Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, tidak semua pemimpin berani untuk mengambil pendekatan seperti itu dalam mengekang gejala rasuah.
Katanya, keputusan tersebut jelas membuktikan sikap Najib yang serius untuk memerangi gejala itu khususnya rasuah politik.
“Gerak menyambut baik langkah itu kerana ia adalah antara langkah berani diambil Perdana Menteri sejak memegang tampuk pemerintahan negara.
“Ia bukan satu keputusan yang mudah dan sebab itu tidak ramai pemimpin berani untuk melakukan transformasi sebegini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas langkah Perdana Menteri yang bersetuju dengan cadangan SPRM berkenaan sumbangan dana politik wajib dibuat terus ke akaun rasmi parti yang diumumkan di Putrajaya, semalam,
Mohamad Ezam yang juga Ahli Dewan Negara, menambah, Gerak turut mengalu-alukan persetujuan Perdana Menteri agar kuasa diberikan kepada SPRM untuk mengakses dokumen aset anggota-anggota pentadbiran Persekutuan.
“Perkara ini akan memberi kuasa kepada SPRM untuk melakukan siasat dan mendakwa sesiapa sahaja yang terbabit dalam gejala rasuah,” tegasnya.
Selain itu, beliau juga menyeru masyarakat agar memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri di atas komitmen jujur yang ditonjolkan.

Tuesday 28 February 2012

KEPUTUSAN kerajaan mahu mendedahkan kepada umum

2012/02/28

KEPUTUSAN kerajaan mahu mendedahkan kepada umum isi kandungan surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Israel minggu ini mampu membetulkan salah tanggapan kononnya Malaysia menjalin hubungan dengan rejim Zionis. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana Dr Mahathir sememangnya mengakui beliau pernah mengutus surat kepada pemimpin Israel ketika itu, Ehud Barak dan Benjamin Netanyahu. Bagaimanapun, surat itu bukan bertujuan mahu mengiktiraf negara Yahudi seperti yang cuba diputarbelitkan oleh pembangkang. Sebaliknya, Dr Mahathir menyatakan pendirian kerajaan dan rakyat Malaysia yang tidak sekali-kali mengiktiraf rejim Zionis yang menindas rakyat Palestin dan menduduki bumi Palestin secara tidak sah. Dalam penjelasannya, Dr Mahathir berkata, beliau hanya membalas surat ditulis Netanyahu yang dilantik sebagai Perdana Menteri Israel pada 1996 hingga 1999 dan Barak, dari 1999 hingga 2001. Kedua-duanya menyatakan harapan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia. Pemimpin Yahudi itu berharap Malaysia mengadakan perhubungan dengan mereka, tetapi pendirian kerajaan ialah selagi Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin dan tidak menghormati hak rakyatnya, selagi itulah Malaysia tidak akan mempunyai apa-apa hubungan dengan mereka. Jelas sekali, isu itu diputarbelitkan bagi melindungi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat kenyataan secara terbuka dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) mengenai sokongannya terhadap usaha melindungi keselamatan Israel. Sikap mengutamakan kepentingan diri membuktikan pembangkang hanya pandai melihat keburukan orang lain sedangkan tindak-tanduk mereka termasuk pemimpin tertinggi parti lebih teruk, ibarat pepatah mengata dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih!

Bagi mengelak salah faham yang sengaja dicetuskan pembangkang, memang kena sekali kandungan surat Dr Mahathir kepada pemimpin Israel itu didedahkan kepada umum supaya isu itu tidak terus diputarbelitkan pembangkang. Seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Wisma Putra kini sedang menyemak surat berkenaan. Jika tidak memudaratkan kepentingan negara, tiada sebab isi kandungan surat itu tidak boleh didedahkan kepada rakyat. Sekurang-kurangnya rakyat bukan saja dapat mengetahui kandungan surat itu, malah boleh menilai sendiri keikhlasan kerajaan. Surat itu sepatutnya sudah lama didedahkan seperti surat lain yang diutuskan bekas Perdana Menteri itu kepada pemimpin dunia ketika menerajui kepemimpinan negara. Kita harap dengan pendedahan itu, rakyat dapat membezakan siapa pemimpin bersifat talam dua muka dan siapa pula pemimpin yang ikhlas membela rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh Israel.

Pendirian yang saling bercanggah

DALAM Facebook, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hasil pertemuannya dengan Anwar Ibrahim berbangkit kenyataan Anwar mengenai Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) dan kata dua Majlis Syura Pas terhadap Anwar iaitu menarik balik kenyataan berkenaan atau menyaman WSJ, Nik Aziz menjawab terserahlah kepada Anwar untuk menerima pendirian Pas.
Kata Nik Aziz lagi, Pas sentiasa konsisten, parti itu tidak akan mengiktiraf negara haram Israel sebaliknya terus memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Kenyataan ini adalah kenyataan berani dan ia adalah isu prinsip. Kenyataan Anwar di media selepas bertemu dengan Nik Aziz tetap dengan pendiriannya dan tidak akan meminta maaf kepada WSJ.
Dua kenyataan yang mempunyai maksud yang berbeza ini amat menarik undianalisis. Nik Aziz tidak akan membuat kenyataan yang membelakangkan hasrat Majlis Syura kerana ia suatu amanah. Majlis Syura sudah tentu membincangkannya secara panjang lebar.
Menariknya dalam isu ini Anwar tidak dipanggil terlebih dahulu memperjelaskan keadaan tetapi Majlis Syura membuat keputusan sendiri dan selepas pertemuan Anwar dengan Nik Aziz, nampaknya Nik Aziz menyebutkan Pas tidak akan mengiktiraf negara haram Israel.
Analisis pertama ialah isu Israel dan Palestin adalah isu fundamental dan menjadi perkara dasar dalam perjuangan Pas. Apakah PKR dan DAP mempunyai pendirian yang sama atau berbeza dengan Pas. Kenyataan Nik Aziz mewakili Majlis Syura tegas dengan isu negara Israel dan kedudukan umat Palestin sedangkan Anwar sebaliknya.
Keinginan Anwar untuk mempertahankan kedaulatan negara Israel ternyata bercanggah dengan pendirian Nik Aziz walaupun Anwar cuba memberi justifikasi bahawa Israel perlu patuh kepada beberapa syarat. Ini bukan pendirian Anwar seorang tetapi sudah dibincang lama oleh pihak-pihak di Amerika Syarikat (AS) dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Isunya siapakah mereka di Amerika itu dan siapa pula di belakang PBB. Tidak mungkinkah mereka mempunyai muslihat tertentu kerana pendirian Anwar itu bukan pendirian terpencil.
Kedua, kenyataan Nik Aziz adalah pendirian Pas yang fundamental. Bagaimana dalam konteks pakatan pembangkang, pendirian Anwar dan pendirian Pas boleh diharmonikan sedangkan kedua-dua kenyataan itu adalah saling bercanggah dan tidak ada titik temu. Benarlah seperti kata dua Majlis Syura, tarik balik atau saman WSJ.
Tentunya Majlis Syura kena bersidang lagi supaya pendirian jelas Pas dapat dibuat. Kalau tidak ia mencabar kredibiliti Pas. Bayangkan takdir berlaku persidangan kedua membincangkan isu ini dijangka Majlis Syura tidak akan berganjak dengan pendirian seperti yang disebutkan oleh Nik Aziz.
Oleh itu, siapa harus tunduk kepada siapa. Penulis percaya bahawa Anwar tidak akan tunduk kepada pendirian Pas kerana mengenali Anwar memang wataknya sedemikian. Pas juga tidak akan tunduk dengan helah Anwar kerana ia adalah isu prinsip. Isu tolak ansur tidak berbangkit. Sekiranya Pas akur dengan Anwar bermakna satu lagi prinsip perjuangan Pas akan hilang. Seperti juga Negara Berkebajikan, adalah suatu cara melunakkan orientasi perjuangan supaya wujud persamaan antara Pas dan PKR dan Pas dengan DAP. Meski begitu Abdul Hadi Awang mengatakan Perlembagaan Pas tetap tidak mengubah arah tuju kepada binaan negara Islam.
DAP menerusi Karpal Singh tetap tidak menerima agenda negara Islam. Pas dengan maksud tersiratnya tetap mahukan negara Islam. Bila itu terjadi wujud isu fundamental antara perlembagaan Pas yang memperuntukkan negara Islam dan DAP dengan matlamat negara sosialis demokratiknya.
Oleh itu kesamaan dari segi prinsip yang fundamental antara pendirian Anwar dengan kenyataan di WSJnya dan pendirian Majlis Syura Pas yang tidak mahu berganjak tidak wujud. Jika ia tidak wujud bagaimana dasar negara dapat dibentuk sekiranya pakatan pembangkang diberi kuasa mentadbir negara?
Hal yang sama bagi Pas, perlembagaannya masih terdapat agenda membangun negara Islam sedangkan DAP amat menentang. Tidakkah itu menyukarkan pembentukan sebuah kerajaan kerana Pas mahu negara Islam kerana ia terdapat dalam perlembagaannya sedangkan DAP mahukan negara yang sebaliknya.
Kalau Pas ingin menegakkan negara Islam sudah tentu pelaksanaan syariah dalam sistem adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Karpal Singh pernah menyebut "langkah mayat saya dulu" sekiranya negara Islam hendak dijadikan landasan bernegara bagi Malaysia. Maksud negara Islam tidak sama dengan Negara Berkebajikan.
Dalam negara Islam memang terdapat faktor kebajikan tetapi dalam Negara Berkebajikan belum tentu ada asas syariah yang mendasari sistem. Sekiranya Pas menggugurkan perjuangan negara Islam dan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam manifestonya orang ramai akan berpendapat Pas sudah lari dari garis besar haluan perjuangan. Sekiranya DAP tunduk dengan kemahuan Pas orang Cina akan meninggalkan DAP.
Sekiranya Pas Kelantan mempunyai manifesto lain iaitu menegakkan negara Islam, sekali gus melaksanakan hudud apakah DAP dan Anwar bersetuju? Kalau pelaksanaan negara Islam dan hudud hanya berlaku di Kelantan saja tetapi tidak di Persekutuan apa maknanya sebuah kerajaan yang mempunyai dasar berbeza-beza.
Justeru pendirian Anwar di WSJ tidak sekadar suatu lintasan kenyataan yang terputus langsung dengan pihak lain. Keputusan Majlis Syura' sudah tentu memahami hakikat ini. Sebab itu Nik Aziz bertegas dengan pendirian mengharamkan negara Israel.
Pada hemat penulis ketegasan Nik Aziz yang mewakili Majlis Syura tidak memberi makna sekiranya tiada tindakan susulan. Perbezaan yang ada adalah amat dasar. Ia tidak hanya suatu pendapat yang boleh dikompromi dengan mudah. Tetapi mempertahankan keselamatan Israel adalah isu pokok. Telah sekian lama rakyat Palestin menderita. Anwar tahu tidak mungkin Israel memulangkan semula Baitulmaqdis kepada Palestin. Lebih tidak mungkin kawasan yang ditawannya dan dijadikan penempatan mustahil untuk dikembalikan semula kepada orang Palestin.
Kewujudan Israel adalah sesuatu yang disengajakan. Amerika bimbang dengan kedudukan Iran dan senjata nuklearnya. Amerika juga bimbang dengan kebangkitan negara-negara Arab (Arab Spring) meski ada analisis ia adalah perancangan Amerika juga
Apa pun tafsiran, AS tetap menjaga keselamatan Israel kerana mengukuhkannya adalah mengukuhkan keselamatan AS. Oleh itu kenyataan Anwar untuk mengukuhkan keselamatan Israel amat melegakan AS dan kuasa Yahudi tetapi mengguris hati umat Islam dan yang menyokong perjuangan Palestin termasuk Pas.

Kerajaan akan perkenal inisiatif kawal ‘pembiayaan politik’: PM

Posted on February 28, 2012, Tuesday

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,  kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi mengawal ‘pembiayaan politik’ demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik di negara ini.
Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disa-lurkan melalui akaun rasmi parti.
“Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian,” kata-nya semasa berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertau-liah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Najib berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan di- masukkan ke dalam akaun parti.
“Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan percaya inisiatif seumpama itu akan meng-elakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat.
Perdana Menteri berkata, usaha itu juga sebagai langkah proaktif demi meningkatkan ketelusan dan keya-kinan rakyat terhadap pertubuhan-pertubuhan politik di negara ini.
“Bagi pihak kerajaan saya meng-anggap isu itu amat penting kerana jika tiada suatu dasar yang tepat, telus dan jelas mengenainya, maka ia boleh membuka ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah,” katanya.
‘Pembiayaan politik’ merupakan satu daripada saranan Jawatankuasa Mencegah Rasuah dan Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berhubung langkah pengisytiharan harta pula, Najib berkata kerajaan menyahut seruan Lembaga Penasihat SPRM dan bersetuju agar Ketua Pesuruhjaya SPRM mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran.
Najib menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah lama mengamalkan proses pengisytiharan harta itu, jauh lebih awal berbanding yang lain.
“Setiap anggota pentabiran diwajibkan mengisytiharkan harta diri dan keluarga terdekat kepada Perdana Menteri. Setiap tambahan harta atau pelupusan harta wajib diisytiharkan.
“Tambahan lagi kesemua pengisytiharan harta yang berkenaan dibuat secara berkanun,” katanya.
Najib juga berkata bagi memastikan setiap undang-undang di negara ini telus dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum ia dikuatkuasakan, kerajaan menerusi kementerian-kementerian bercadang memaparkan setiap draf rang undang-undang di laman web kementerian masing-masing.
Beliau berkata langkah itu bagi mendapatkan pandangan umum dan pihak yang terlibat sebelum ia dimuktamadkan.
“Ini akan menangkis persepsi umum dan antarabangsa kononnya terdapat undang-undang yang hanya mengambil kira kepentingan sesetengah pihak sahaja,” kata Perdana Menteri. — Bernama

Calon menjadi kekuatan PRU-13


PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meminta rakyat memberikan mandat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula meramalkan ia akan diadakan pada Mei atau Jun tahun ini.
Nada, bibit dan suara PRU sudah kedengaran. Seringkali ketika dekat dengan PRU, akan kedengaran soal sama ada pencapaian ataupun ketidakmampuan untuk memenuhi janji PRU lalu serta janji semasa termasuk dalam saringan dan perincian pemilihan calon. Sama ada parti baik BN mahupun pembangkang bersedia atau tidak; ada segelintir pemimpin cawangan, bahagian, negeri dan Pusat akan menyatakan mereka sudah bersedia. Atas kapasiti apakah mereka sudah bersedia?
Apakah komunikasi pemimpin, pengikut dan pemimpin-pengikut dalam parti dan dengan parti komponen lain sudah mantap dan kuat? Ada pula yang menyatakan mereka bersedia tetapi parti belum lagi! Soalnya, bagaimana parti akan nampak gah jika pemimpin masih melakukan congakan untuk menjadi calon dari gurkha yang akan pertahankan parti.
PRU akan datang merupakan antara yang paling mencabar. Walau bagaimanapun, apakah pemimpin yang beria-ia hendak menjadi calon ini melihat kesan ke atas parti dari pasca PRU akan datang atau sifat mementingkan diri sendiri masih membelenggu pemikiran mereka.
PRU akan datang perlu mempunyai kualiti calon dan jentera yang kukuh, efektif dan bebas skandal. Ini kerana asas calon akan membolehkan jentera parti bergerak lancar dan secara tersusun boleh membolosi persepsi rakyat dan pendekatan lawan. Bukan tanggungjawab gurkha parti untuk bermati-matian pertahankan calon kerana calon terbaik tidak memerlukan pengenalan melainkan calon yang bermasalah.
Dalam pemilihan calon, ada dilema dalam kalangan pemimpin akar umbi bahawa mereka masih tidak tahu siapakah calon mereka. Ada yang bertanggapan jika diumumkan awal, persediaan lebih rapi dapat dilakukan dan jika diumumkan ketika hampir PRU, ia akan sedikit mengganggu proses persediaan calon dan parti.
Umum awal akan menyebabkan calon berpotensi 'dibogelkan bulat-bulat' dengan pelbagai salah laku dari sekecil yang dilakukan sewaktu kanak-kanak sampai ke perkhidmatan dalam parti. Umum lewat menyebabkan 'calon berpotensi' hanya akan 'separuh bogel' kerana musuh dalam parti tidak berkesempatan memburukkan seseorang calon. Umum awal pun salah; diumumkan lewat pun bermasalah.
Parti politik kebanyakan berhadapan dengan masalah sama yakni perpaduan parti yang bersifat kosmetik dan retorik akan terpancar dengan sifat dalam kalangan pemimpin atau penyokong yang taksub dengan pemimpinnya. Sekiranya pemimpin bahagian tidak terpilih menjadi calon, apakah pemimpin itu sudah bersedia mengorbankan kepentingan sendiri dan bersama penyokongnya memberikan sokongan kepada calon dipilih yang barangkali ahli biasa ataupun bidan terjun di kawasan tersebut?
Jika calon bukan seorang yang popular di kawasan tetapi bersih berintegriti tinggi, bolehkah yang lain di kawasan itu mengetepikan kepentingan mereka untuk membawa kemenangan kepada parti. Parti atau personaliti?
Masalah dominan yang besar dalam mana-mana PRU adalah politik hasutan, dengki dan cemburu sehingga membawa kepada sabotaj dalam parti sendiri seolah-olah PRU adalah pemilihan dalam parti. Unsur hasutan akan digunakan jika pemimpin tertentu tidak terpilih sebagai calon apatah lagi jika pemimpin tersebut melakukan pelbagai aktiviti dan program serta berbelanja besar; ia akan dilihat tidak berbaloi dan tidak diberikan ganjaran setimpalnya. Apakah hanya menjadi 'calon', maka ia membolehkan mereka dilihat diberikan pengiktirafan?
Sifat menghasut, dengki dan cemburu tidak dapat dielak kerana ia adalah 'psikik' politik. Ia dilakukan atas kegagalan mengawal perasaan dan emosi kerana kuasa dan kedudukan adakalanya menjadi penentu dalam percaturan politik kepartian dan kebangsaan. Fitnah akan ditabur dan yang palsu menjadi benar; dan yang benar akan mengelirukan umum sehingga mereka merasa muak dengan politik pembunuhan karakter.
Hatta, jika PRU akan dilihat 'ibu segala pilihan raya' dan misi 'hidup atau mati', maka fitnah dan hasutan tidak akan berlaku. Namun, sebagai pemimpin yang bernama manusia, sukar mengetepikan emosi kerana adakalanya pengalaman, pengorbanan masa dan tenaga akan mula dinilai sehingga mempengaruhi keputusan mereka dan penyokongnya.
Ada juga yang berjumpa bomoh dan tok sami untuk mendapatkan petunjuk bagaimana menggagalkan misi seteru menjadi calon. Ada pula menyembur mantera 'sumpahan pilihan raya' dengan prinsip 'jika dirinya tidak terpilih sebagai calon, siapa juga yang dipilih akan dipastikan kalah'.
Ada juga calon yang cuba menggunakan pengaruh sana sini dengan mempromosi diri sehingga cuba mempengaruhi mereka yang dikatakan dekat dengan pemimpin atasan agar bisikan mereka akan membawa harapan.
Bagaimana pula dengan pemimpin yang tidak mempunyai sebarang keinginan untuk menjadi calon atau membodek ke sana ke mari tetapi digemari dan disukai di peringkat akar umbi walaupun tidak menonjolkan diri kepada Presiden parti? Keahlian terus kepada parti BN juga akan mempunyai senarai untuk dipertimbangkan dan bagaimana pula kepimpinan atasan akan memujuk dan memastikan senarai mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan senarai yang dikemukakan oleh kepimpinan parti?
Titik kematangan berpolitik bergantung juga kepada pihak atasan kepimpinan parti untuk mencari pendekatan yang menang-menang agar pengalaman dan pengorbanan pemimpin yang digugur atau tidak dipilih dihargai dengan cara yang lain supaya mereka boleh terus menyumbang kepada parti, kerajaan dan negara.
Bagi sesetengah pemimpin yang terlalu lama, mungkin dengan sukarela berundur akan lebih dihormati, beri ruang kepada pemimpin pelapis dan sokong mereka. Bagi pelapis pula, hormati pemimpin lama dan jangan lupa bahawa tanpa mereka yang lama, tidak mungkin parti bertahan.
Jika tidak berkelayakan, baik dari awal menarik diri atau menyatakan pendirian tidak mahu menjadi calon kerana tahu boleh merosakkan parti. Sifat rendah diri dan tawaduk serta ciri kesederhanaan akan dihargai oleh umum.
Parti tidak boleh berhadapan dengan sabotaj dalam PRU akan datang. Ini kerana dengan penguasaan sumber dan guna tenaga, bagaimana boleh tewas melainkan ia adalah musibah sendiri.
Pucuk kepimpinan akan membuat keputusan yang waras, rasional dan bersesuaian dengan persekitaran politik tanah air tetapi apakah jiwa kepimpinan parti juga telah diserasikan dengan alam politik baru ini hanya akan dapat dizahirkan ketika penamaan calon. Masih belum terlambat untuk memastikan yang terbaik untuk parti kerana perubahan bermula dengan pendedahan kewibawaan 'calon'.
Calon menjadi kekuatan dan bukan liabiliti; calon menjadi teras penanda sokongan; bukan penghalang; dan calon menjadi jiwa parti dan bukan jasad yang akan menguburkan parti. Dengar denyutan nadi akar umbi jika ikhlas mahu kemenangan dan bukan sekadar sorakan syok sendiri kerana PRU bukan pemilihan parti tetapi yang akan menentukan masa depan negara jika sekiranya keputusan tepat dibuat. Ia bermula dengan calon, lambang strategi parti.

Monday 27 February 2012

Mahathir: Go ahead, publish it

 

WARM WELCOME: Dr Mahathir being greeted by Welfare, Women and Family Development Minister Datuk Fatimah Abdullah (right) on arrival at Unimas. Immediately behind Dr Mahathir is Taib. – Bernama photo

KUCHING: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has no qualms about his correspondence with his Israeli counterpart Ehud Barak made public if it means it could clear up everything once and for all.
He said publication of the letter could also quash all accusations made against him with regards to the country’s relationship with Israel.
Last Friday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was quoted as saying that the government was prepared to publish the correspondence if it was not deemed a security threat to the country. He said he was concerned that the opposition was trying to stir confusion over the letter.
“I have always insisted on publishing the letter sent by the former Israel Prime Minister (Barak) in wanting Malaysia to change its stand on international relations with Israel.
“I even sought to put the materials in the first book that I published, but the government did not allow it then. Now that the government wants to reveal the content of the letter, I can only express my gratitude,” said Dr Mahathir, who is Perdana Global Peace Foundation president, yesterday.
He was met after officiating at the closing ceremony of Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)’s ‘National Patriotism And Politic Convention: The Real Direction’ at DeTAR Putra theatre, Samarahan campus, near here.
Also present were Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Unimas vice chancellor Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, Unimas Board of Directors chairman Datu Dr Hatta Solhi, and convention project director Muhamad Ikram Jalil.
When asked to comment on the public’s perception of the Malaysia-Israel relationship following support received by a leader here recently who openly stated support for Israel, Dr Mahathir responded: “Well, it seems that they are open to supporting Israel then … since they have spoken about it.”
However, before the former premier could elaborate on his comment, the press was dispersed by security personnel.
On Thursday, Dr Mahathir admitted that the Malaysian government, during his tenure, had responded to a letter sent by Barak. He revealed that Israel wanted Malaysia to soften its stand on its international relations with the country.
“I respon“I responded by saying that Malaysia will not have any ties with them (Israel) for as long as they refused to acknowledge the rights of the Palestinians.”

Tiada yang diabaikan: TPM

K’jaan beri peluang, hak sama rata kepada setiap kaum berkongsi pembangunan

BANTUAN RAKYAT: Muhyiddin (dua kanan) menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada salah seorang wanita Kelabit dari Long Peluan, sambil disaksikan oleh Jabu (tiga kanan) dan Shafie (empat kanan).

LONG BERUANG: Tiada satu pun kaum di negara ini diabaikan oleh kerajaan, sebaliknya semua pihak diberi peluang dan hak sama rata untuk berkongsi pembangunan dan kemajuan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan mengabaikan masyarakat luar bandar, memberitahu setiap rakyat dilayan sama rata dan adil oleh kerajaan tanpa mengira di mana mereka berada, sama ada di bandar, luar bandar ataupun terpencil di pedalaman.

“Ini termasuk masyarakat Penan yang dituduh oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya ‘kum-pulan hak asasi manusia’ telah di-pinggir dan diabaikan oleh kerajaan,” katanya semasa berucap pada majlis ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ di Long Beruang di Ulu Baram, semalam.

“Pelbagai usaha telah dan akan di-buat oleh kerajaan untuk memastikan mereka (kaum Penan) tidak ketinggalan di belakang dan membawa mereka bersama untuk menyertai arus pembangunan perdana dan kemajuan dalam negara,” katanya.Katanya, ia adalah harapan kerajaan dan aspirasi untuk kaum Penan supaya mereka tidak ketinggalan dan sama-sama berkongsi dan mengecapi pembangunan negara.

Muhyiddin memberitahu lagi, ke-dua-dua kerajaan pusat dan negeri telah dan sedang merangka pelbagai program pembangunan untuk rakyat dengan kerajaan pusat akan terus komited bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan standard hidup rakyat terutama kaum Penan di Baram.Bagaimanapun, menurut beliau, ia masih terpulang kepada rakyat untuk menyokong dan memberi komitmen mereka sendiri untuk bekerja-sama dengan kerajaan.

“Masyarakat itu sendiri yang perlu memberi komitmen dan berazam un-tuk memperbaiki standard sosioeko-nomi mereka,” katanya sambil menambah, dengan sumber asli dan semula jadi yang banyak, sektor pertanian khususnya perladangan getah akan menjadi salah satu cara untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memuji usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam melaksanakan skim penanaman getah bermutu tinggi.Skim tersebut, katanya, bukan sahaja memberikan mereka pendapatan yang lumayan iaitu di antara RM3,000 sebulan bagi setiap isi rumah, malah turut menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada     penduduk setempat.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Menteri Per-dagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan Senator Lihan Jok.

Tidak pernah iktiraf Israel

PUJAAN RAMAI: Penampilan khas Dr Mahathir sebagai panel Konvenysen Kebangsaan Politik dan Patriotisme anjuran UNIMAS mendapat sambutan hangat daripada mereka yang hadir.


Dr Mahathir sambut baik cadangan dedahkan isi kandungan surat antara beliau dan pemimpin Israel

KOTA SAMARAHAN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan untuk mendedahkan isi kandungan surat antara beliau dan pemimpin Israel Ehud Barak kepada pihak media.
Beliau sebaliknya berpendapat bahawa pendedahan itu penting untuk menepis segala dakwaan negatif yang dilemparkan kepada beliau mengenai hubungan negara ini dengan Israel.
“Saya kerap kali didesak untuk mendedahkan surat yang diutus oleh pemimpin Yahudi itu meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
“Malah saya terfikir untuk memuatkan bahan-bahan tersebut dalam buku terbitan pertama saya, tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan.
“Sekarang, kerajaan mahu mendedahkan isi kandungan surat berkenaan, dan saya hanya menghargai langkah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme: Hala Tuju Sebenar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), semalam.
Bercakap mengenai surat tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan bersedia untuk mendedahkan kepada media surat itu untuk keselamatan negara.
Beliau dalam kenyataan Jumaat lepas khuatir pihak pembangkang akan cuba menimbulkan kekeliruan berhubung surat berkenaan.
Pada Khamis lepas, Dr Mahathir mengaku pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan Benjamin Netanyahu ketika beliau bergelar Perdana Menteri.
Namun menurut Dr Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu.
“Ia benar. Saya terima surat daripada Nentanyahu dan Ehud Barak dan saya jawab balik mengatakan Malaysia tidak ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf  kedudukan orang Palestin,” katanya.

Friday 24 February 2012

Israel: Anwar, PAS setuju tak bersetuju

Subky Latif, 23 Feb 2012

KEDUA-dua PAS dan Anwar Ibrahim saling perlu memerlukan antara satu sama lain terutama dalam rangka melakukan perubahan politik dan mewujudkan sebuah negara dan masyarakat adil  di Malaysia.
Kedua-duanya sedang berada sedang berada di peringkat yang begitu hampir bagi menyelamatkan Malaysia dari hancur dan muflis.
Tiba-tiba mereka berdepan dengan satu cabaran iaitu kewujudan Israel.
PAS  memperaku lagi sikap menolak kewujudan entiti haram Israel dalam apa keadaan sekali pun ditakdirkan seluruh umat Palestin menerima kewujudan Israel itu.
Manakala Anwar pula dalam interbiu dengan Wall Street Journal mengambil sikap terbuka untuk mengakui kewujudan negara Yahudi itu dengan syarat regim itu memenuhi dulu semua tuntutan masyarakat antarabangsa.
Iaitu menerima kewujudan negara Palestin, menjamin kemerdekaan dan kedaulatannya serta mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Palestin.
PAS tidak menyatakan persetujuannya atas kenyataan Anwar itu dan Anwar pula yang menghormati sikap tegas PAS, tidak bercadang untuk menarik balik kenyataannya itu dan dia juga tidak bercadang untuk minta PAS mengubah sikapnya.
Walau pun PAS tegas tidak setuju dengan kenyataan Anwar itu dan Anwar pula tidak setuju mengubah kenyataannya, tetapi kedua-duanya masih bersetuju untuk terus maju bersama dalam Pakatan Rakyat.
PAS tidak bercadang untuk membuang Anwar dari kedudukannya dalam Pakaatan Rakyat dan PAS tidak bercadang untuk meninggalkan Pakatan Rakyat sekali pun Anwar masih menjadi orang terpenting dalam Pakatan Rakyat.
Dengan sikap PAS itu Anwar juga tidak bercadang menyingkirkan PAS dari kumpulan yang  dipimpinnya dan dia tidak bercadang untuk meninggalkan muafakat itu semata-mata kerana PAS tidak tertarik dengan kenyataannya.
Itulah yang dinamakan kedua-duanya bersetuju untuk tidak bersetuju dengan isu yang berbangkit itu.
Dan DAP jangan bimbang perbedaan antara PAS dan Awar itu. Ia tidak menyebabkan Pakatan Rakyat boleh berpecah dan ia tidak pula mengubah cita-cita bersama untuk mara ke Putrajaya.
Dan UMNO dan Barisan Nasional seronok sangat dengan percanggahan pandangan antara PAS dan Anwar atas perkara itu. Pakatan tidak akan pecah kerana perbezaan itu.
Betul isu itu besar tetapi PAS dan Anwar ada banyak perkara yang lebih besar yang mereka sepakat. Apabila yang disepakati lebih banyak dan lebih besar, maka yang mereka tidak setujui jadi kecil.
Bagi rakyat Malaysia pada masa ini  menumbangkan Barisan Nasional dan mengganti Najib sebagai Perdana Menteri adalah lebih penting dan utama dari isu Israel. Apa yang berlaku di Palestin dalam jangka waktu yang dekat ini tidak banyak membawa perubahan.
Israel tidak mungkin dapat melenyapkan Gaza dan Tebing Barat dari tangan Palestin dalam masa sepuluh tahun  akan datang dan Israel pun tidak mungkin boleh ditiadakan dalam masa itu.
Tetapi Malaysia boleh jadi menerima nasib seperti Greece dalam masa yang dekat kiranya Malaysia terus dipimpin Najib dan UMNO. Idris Jala mmberi  amaran Malaysia akan muflis tahun 2019 jika sabsidi tidak dihapuskan. Kerajaan tidak pula mengurangkan pembaziran dan tidak juga menghentikan sikap boros setelah adanya amaran Idris Jala itu.
Tiada yang dapat menyekat  Malaysia dari hancur dan muflis melainkan Najib dan UMNO dibuang dari Putrajaya. Selepas Putrajaya ditawan, maka baru kita bincang semula isu Israel.
Anwar tahu PAS tidak suka dan  tidak setuju dengan kenyataannya. Tetapi dipercayai perlu berdiplomasi kepada dunia yang kebanyakan tidak menolak Israel.
Malaysia tidak memerlukan Israil sekarang. Tetapi yang memerlukan Malaysia ialah Israel. Sebabnya Malaysia antara negara Islam yang berperanan di peringkat antarabangsa. Peranan itu lebih ketara jika Pakatan yang berkuasa dan Anwar pula berperanan. Maka Israel yang mahukan Malaysia.
Kalau Israel merasakan Malaysia penting, kalau ia mahukan sesuatu dari Malaysia, maka ia kena buat apa yang Malaysia mahu. Israel mesti buat apa yang Anwar anjurkan. Terima Palestin yang bebas dan berdaulat. Akui hak Palestin dan Islam atas Baitul Maqdis.
Jika ia dipenuhi baru Malaysia  dan Anwar akan  timbangkan kehendak Israel itu. Tetapi Anwar juga tahu, yang  dikatakan Israel itu mustahil ia mendengar syarat Anwar. Bila syarat Anwar itu ditolak, tidak berbangkit jaminan Malaysia atas keselamatan Israel.
Saya nampak Anwar menjanjikan suatu yang Israel tidak akan setuju.

Israel: Nik Aziz bersama ulama muktabar

 


Harakahdaily,
24 Feb 2012


KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak menegaskan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada ketetapan dan pendirian yang telah diambil oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulamak PAS yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

“Ini adalah kerana negara tersebut didirikan melalui perampasan tanah air rakyat Palestin yang terdiri daripada orang Islam dan Kristian pada tahun 1948,” kata ketuanya, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar).

Ini, kata beliausecara asasnya, menjadikan Israel sebuah kuasa penjajah dan sebarang penentangan terhadap penjajahan ganas Israel itu sebagai sesuatu yang sah dan perlu diberi sokongan antarabangsa.

“Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak keseorangan dalam menyatakan pendirian ini kerana ketetapan yang serupa telah dipersetujui oleh semua ulama muktabar sedunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradhawi dari Mesir dan Dr Wahbah Az-Zuhaili dari Syria,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya Pemuda PAS Sarawak menyokong penuh pendirian itu kerana rejim Israel telah menumpahkan begitu banyak darah rakyat Palestin yang tidak bersalah baik yang Muslim mahupun yang Kristian sepanjang penjajahan mereka di bumi suci itu.

Dalam masa yang sama, ujarnya Israel juga tidak pernah menyesali kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin dan terus-menerus melanggari ketetapan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tanpa mengendahkan tekanan masyarakat dunia.

Tambahnya, Pemuda PAS Sarawak juga ingin memperingatkan Pemuda PBB supaya mendesak pemimpin-pemimpin pemuda BN khususnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menarik balik kenyataan beliau yang menyokong aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel.

“Daripada rekod yang kami perolehi, terdapat bukti yang kuat bahawa aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel adalah amat aktif sepanjang pentadbiran BN,” ujarnya

Beliau menambah, berdasarkan satu laporan oleh Kesatuan Eropah, Malaysia adalah rakan dagang ke-15 paling besar untuk negara Israel.

Ini, jelasnya menunjukkan ketidak prihatinan kerajaan BN terhadap sensitiviti umat yang amat bersimpati kepada perjuangan Palestin.

Ia juga, katanya adalah satu bukti tuntas sifat hipokrasi dan bermuka-muka BN semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka yang sempit.

“Dalam masa yang sama, kami merasakan Naib Ketua Pemuda PBB telah membuat kenyataan yang melucukan apabila beliau cuba berspekulasi tentang masa depan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam PAS dan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Tuan Guru adalah aset utama kepada PAS dan pada hakikatnya, Tuan Guru adalah Mursyidul Am bukan sahaja untuk PAS malahan untuk Pakatan Rakyat keseluruhannya.

“Pendirian teguh PAS berkenaan pejuangan Palestin tidak pernah berubah dan sokongan padu kami kepada pembebasan Palestin daripada penjajahan haram Israel tidak pernah pudar,” katanya lagi.

Bagi PAS, perjuangan Palestin adalah satu perjuangan suci untuk menegakkan keadilan dan membawa keamanan yang sebenar kepada semua rakyat Palestin.

Politik buang masa pembangkang

Gaya Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah politik.


APABILA pelbagai pihak bersetuju agar Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuang masa dengan melayan kehendak pembangkang untuk beliau berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah saranan yang tepat.
Perdana Menteri tidak perlu membuang masa melayan tuntutan tidak berfaedah tersebut memandangkan cadangan berdebat berkenaan bukan sahaja bertujuan bagi mengalih isu tetapi juga sememangnya strategi pembangkang untuk meraih simpati rakyat.
Sememangnya meraih simpati adalah strategi pembangkang dan Anwar sejak 1998 lagi. Apa sahaja isu yang berkaitan dengan Anwar akan dijadikan modal kononnya beliau adalah mangsa konspirasi politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Begitu juga apabila mereka mendakwa ceramah mereka disabotaj biarpun mereka sendiri mencari pasal masuk ke kubu kuat BN. Semua itu mereka lakukan dengan tujuan menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka sentiasa sahaja berada dalam keadaan menjadi mangsa.
Hakikatnya dalam soal mengajak Perdana Menteri berdebat, pembangkang sudah kehabisan modal dan isu bagi menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka hanya mengharapkan ceramah-ceramah yang dihadiri oleh ramai orang bagi meraih simpati dan sokongan, mereka akan gunakan kebijaksanaan bercakap untuk memutar belitkan fakta dan mengelirukan rakyat berhubung segala usaha kerajaan.
Pembangkang kini semakin terdesak dan terhimpit kerana dilanda satu demi satu isu yang memaksa mereka mengadakan ceramah bagi menunjukkan kononnya mereka berada di pihak yang betul. Pergilah ke ceramah Anwar atau pembangkang termasuk Pas, mereka tidak membentangkan apa yang boleh mereka lakukan bagi kesejahteraan rakyat dan negara jika memerintah.
Sebaliknya mereka menghabiskan banyak masa bagi menjawab isu-isu yang mereka sendiri cetuskan seperti isu sokongan kepada Israel. Isu tersebut ternyata memberi impak yang besar kepada pembangkang terutamanya Pas yang amat mengharapkan sokongan orang Melayu.
Kegagalan Pas untuk menunjukkan pendirian yang tegas dalam isu tersebut dengan menerima sahaja penjelasan Anwar ternyata akan merugikan Pas kerana orang Melayu melihat parti itu sanggup bertolak ansur dalam apa juga perkara asalkan dapat meraih kuasa bersama PKR dan DAP.
Bimbang kepada kemerosotan sokongan orang Melayu kepada pembangkang, maka Pas bersungguh-sungguh menyokong Anwar dalam apa keadaan sekali pun.
Tetapi orang Melayu sudah mulai sedar mengenai perjuangan Pas dan Anwar, malahan orang Melayu di kawasan luar bandar yang merupakan 37 peratus daripada kumpulan pengundi semakin memahami usaha kerajaan BN dalam meningkat taraf hidup mereka.
Oleh itu, jentera-jentera UMNO dan BN tidak perlu takut dengan strategi meraih simpati yang dilakukan oleh Anwar dan pembangkang, sebaliknya mereka perlu bergerak untuk memberi penjelasan kepada rakyat apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan BN.
"Jelaskan kepada rakyat bagaimana BN masih boleh mentadbir negara dengan baik selepas pilihan raya umum lalu biar pun terpaksa berhadapan dengan politiking melampau daripada pembangkang.
"Terangkan kepada mereka, bagaimana kerajaan BN boleh bangunkan kawasan luar bandar dengan sekian banyak rumah dan jalan dalam keadaan tanpa majoriti dua pertiga.
"Beritahu mereka, bagaimana kerajaan masih mampu memberikan sumbangan RM500 melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia, RM100 untuk pelajar sekolah dan baucer buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi di saat-saat pembangkang siang malam menuduh BN tidak pandai menguruskan ekonomi negara," kata seorang pemimpin muda UMNO kepada penulis.
Pemimpin muda berkenaan memberi pandangan itu kerana beliau tidak mahu jentera BN dan UMNO terlalu takut kepada Anwar dan pembangkang sedangkan berbanding pembangkang yang hanya tahu menabur janji kosong dan meraih simpati, BN jauh lebih baik apabila menunaikan janji dan menyusun strategi bagi meningkat taraf hidup rakyat.
"Bayangkanlah bagaimana kalau BN ada majoriti dua pertiga dan mentadbir negara tanpa mainan politik kacau-bilau pembangkang, sudah pasti BN akan mampu melaksanakan semua agenda untuk rakyat lebih baik lagi,'' katanya.
Berdasarkan kepada hujah berkenaan maka tidak perlulah BN melayan cadangan debat atau apa sahaja desakan pembangkang yang bertujuan menganggu kelancaran BN untuk terus melaksanakan agenda untuk rakyat.
Pembangkang tidak ada kerja lain, tugas mereka hanya mencari salah kerajaan BN, mereka ibarat berusaha mencari isu di siang hari dan bertempik di pentas-pentas ceramah di malam hari. Oleh itu tidak perlulah BN melayan politik buang masa pembangkang itu. Kenapa perlu melayan satu pihak yang kononnya mampu mentadbir lebih baik tetapi apabila diberi kuasa memerintah beberapa negeri sudah kelam-kabut.
Sebaliknya tumpuan BN sekarang terus melaksanakan agenda transformasi yang digariskan oleh Najib bagi memastikan parti itu mampu meraih sokongan lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang. Tidak payah melayan agenda reformasi demi meraih simpati pembangkang.
Sebaliknya tumpukan perhatian kepada usaha menunaikan janji melalui transformasi yang berteraskan kepada gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Pembangkang sudah hampir ke tahap muflis isu bagi membolehkan merampas Putrajaya. Mereka semakin bimbang dengan agenda dan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan BN dalam usaha memulihkan sokongan rakyat.
Tindakan melayan pembangkang termasuklah berdebat hanya akan menyebabkan BN masuk ke dalam perangkap pembangkang yang sememangnya mahu parti itu melayan kerenah remeh-temeh mereka agar agenda kerajaan untuk rakyat akan tergendala atau terbantut.
Sudah menjadi sikap pembangkang sejak dahulu lagi, dalam apa hal pun mereka hanya bermodalkan air liur, sebab itulah mereka mudah menabur janji, suka berceramah dan berdemonstrasi.
Ini berbeza dengan pendekatan BN yang melaksanakan segala janji dan tidak akan sesekali mencipta mimpi untuk rakyat seperti pembangkang 'membuai' penyokong-penyokong mereka berhubung impian ke Putrajaya.
Ingatkan bahawa pembangkang semakin terdesak dan tertekan, dari semasa ke semasa mereka semakin gagal untuk menunjukkan bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN.
Pakatan mereka penuh perbezaan, tiada kesepakatan dan tiada arah tujuan, misi mereka hanya satu iaitu merampas tampuk kekuasaan. Justeru tidak perlulah jentera BN merasa gerun dengan Anwar dan kuncu-kuncunya dalam pembangkang termasuklah 'pak turut setia' mereka iaitu Pas.
Tiada apa yang harus digeruni dengan pembangkang, mereka hanya tahu meraih simpati tetapi tiada visi dan misi.
Perjuangan yang ikhlas demi kesejahteraan rakyat, bangsa, agama dan negara pasti akan menumbangkan perjuangan yang berlandaskan kepada matlamat menghalalkan cara.