Thursday, 16 February 2012

Enggan mendaftar bukan tanda protes

by Saibi Gi. Posted on February 16, 2012, Thursday


Golongan enggan mendaftar sebagai pemilih mungkin selesa dengan cara BN
KUCHING: Golongan yang enggan mendaftar sebagai pemilih mungkin selesa dengan cara kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, kata Menteri Muda Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah.Beliau menafikan dakwaan mengatakan majoriti daripada kalangan 3.7 juta orang layak enggan mendaftar sebagai pemilih petunjuk mereka meragui proses pilihan raya di negara ini.
“Kalau mereka tertindas dan marah dengan kerajaan sekarang, mesti mereka mengambil tindakan susulan untuk mengubah keadaan dan satu daripadanya ialah mengundi. Ini adalah amat logik,” katanya ketika dihubungi, semalam.Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan 3,731,134 orang rakyat berusia 21 tahun dan ke atas tidak mendaftar sebagai pemilih.
Beliau berkata, sikap enggan mendaftar sebagai pemilih juga adalah hak individu dan BN serta parti-parti politik cuma dapat memberi kesedaran agar mereka menukar persepsi.
“Kalau BN mahu menang besar, tingkatkan kesedaran tentang pentingnya mereka yang layak mengundi, pergi mengundi dan untuk pergi mengundi, perlulah mendaftar sebagai pemilih,” katanya.
Tegas beliau, keadaan selesa dan ambil tidak peduli kerana memikirkan BN akan menang tanpa undi daripada mereka wajar dikikis.
Selain BN memberi kesedaran kepada golongan ini, SPR wajar lebih memudahkan proses pendaftaran pemilih.
Beliau berkata lagi, parti-parti pembangkang tidak memenangi sebarang kerusi jika pilihan raya di Malaysia dilaksanakan dengan tidak adil dan telus.
“Bukan itu sahaja beberapa kerajaan negeri pun dipegang oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Negeri Abdullah Saidol berkata, dakwaan mengatakan belia sekarang enggan mendaftar sebagai pemilih kerana protes adalah bohong dan tidak berasas.
Katanya, pihak yang menuduh proses pilihan raya sebagai tidak telus cuba mencemar sistem demokrasi.
Malah pihak terbabit enggan bekerjasama dalam usaha mewujudkan kesedaran di kalangan belia tidak mendaftar sebagai pemilih.
“Hak untuk mengundi terjamin dalam perlembagaan.Jika cukup syarat digalakkan untuk mendaftar sebagai pemilih dan tidak ada siapa boleh menghalang,” katanya.

No comments:

Post a Comment