Saturday, 18 February 2012

Dakwat kekal dua warna elak kaedah tipu dengan mudah

2012/02/18

KUALA LUMPUR: Penggunaan dakwat kekal dua warna untuk pengundian awal dan biasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan untuk memberikan kemenangan mudah kepada mana-mana pihak, sebaliknya memastikan tiada sesiapa pun menang mudah dengan kaedah menipu. 

Ia juga bertujuan membuktikan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini, sekali gus menolak tuduhan kononnya sistem pilihan raya dicemari pengundi hantu yang didakwa membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu, SPR akan memastikan pegawai dan petugas pilihan raya di seluruh negara memiliki pemahaman lengkap mengenai penggunaan dakwat kekal dua warna melalui siri pertama penjelasan yang berakhir awal Mac depan.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pembangkang harus rasional berhubung penggunaan dakwat kekal dua warna kerana ia mampu mengelak cecair itu dimanipulasi pihak tertentu semata-mata untuk menang. 

“Warna pertama dicadangkan untuk tentera dan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka, selain anggota polis mengundi awal tiga atau empat hari sebelum hari mengundi. Walaupun warnanya berbeza dengan dakwat semasa hari mengundi, kandungannya tetap sama,” katanya. 

“Dakwat untuk mengundi awal kekal lebih lama, mungkin seminggu berbanding dakwat hari mengundi bagi memastikan mereka yang sudah mengundi awal tidak boleh mengundi lagi pada hari mengundi. 

“Dakwat kekal sudah diwartakan (Rabu lalu). Bagaimanapun, jika ada pihak tidak setuju dengan penggunaan dua warna, mereka boleh menulis secara rasmi kepada SPR,” katanya kepada Berita Harian. 
Beliau mengulas kenyataan Ketua Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan yang menolak penggunaan dakwat kekal dua warna.

No comments:

Post a Comment