Saturday 18 February 2012

Demi politik, PAS sentiasa mengambil kesempatan untuk memburukkan PM

Posted on February 18, 2012, Saturday

ALOR SETAR: PAS adalah parti hipokrit kerana pemimpinnya sentiasa mengambil kesempatan memburukkan orang lain, kata Pegawai Tugas-tugasKhas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah.
Katanya, demi laba politik, pemimpin-pemimpin PAS sanggup menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perbuatan syirik hanya kerana beliau memakai kurta (pakaian tradisi kaum India) dan memasuki dewan di Batu Caves semasa Thaipusam.
“Pemimpin pemimpin PAS seperti ini berfikiran sempit, tidak tahu membezakan antara agama dan budaya….hanya tahu ambil kesempatan. Tidak salah PerdanaMenteri menemui mereka untuk ucap selamat menyambut Thaipusam.
“Kehadiran Najib di Batu Caves baru-baru ini adalah atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri bagi semua kaum negara ini,” kata Latt Shariman kepada Bernama selepas meninjau pembinaan kuil Agasa Mariamman, Anak Bukit di sini, semalam.
Tiga hari lepas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan kehadiran Perdana Menteri pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak kerana sebagai pemimpin tidak salah untuk Najibbersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara berkaitan dengan adat.
Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah berkata selain itu, pemakaian bunga malai oleh orang India kepada tetamu mereka adalah budaya atau adat mereka.
Mengenai kuil tersebut, beliau berkata kerajaan negeri pimpinan PAS tidak memberi sebarang sumbangan bagi menyiapkannya.
Tapak kuil kira-kira 7,200 meter persegi itu diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk bantuan RM400,000 pada 2008 untuk menggantikan kuilberhampiran yang dipindahkan kerana pembesaran jalan pada 2008.
Latt Shariman berkata, beliau akan memajukan permohonan jawatankuasa kuil itu bagi memohon bantuan kewangan daripada kerajaan pusat.
Pengerusi kuil, G.S. Narayanasamy berkata pihaknya memerlukan RM760,000 bagi menyiapkan kuil itu berikutan kosnya meningkat hampir sekali ganda berikutan kenaikan harga bahan binaan dan upah. — Bernama

No comments:

Post a Comment