Friday, 24 February 2012

Dr M akui tegas pendirian Malaysia kepada 2 PM Israel

2012/02/24

IPOH: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah berutus surat dengan dua Perdana Menteri Israel ketika beliau menerajui kerajaan, tetapi bagi menyatakan penegasan rakyat Malaysia yang tidak mengiktiraf kerajaan rejim Zionis itu yang menindas rakyat Palestin.

Katanya, beliau hanya membalas surat ditulis oleh Benjamin Netanyahu yang dilantik sebagai Perdana Menteri Israel pada 1996 hingga 1999 dan Ehud Barak dari 1999 hingga 2001, yang mana kedua-duanya menyatakan harapan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Dia (Netanyahu dan Barak) tulis surat kepada saya, harapannya bahawa kita di Malaysia yang tiada hubungan dengan Israel akan menukar pendirian dan mengadakan perhubungan dengan negara itu. Saya kata tidak mungkin selagi Israel masih bersikap ganas...saya jawab balik Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi tidak mengiktiraf Palestin. - Tun Dr Mahathir Mohamad

“Saya masih ada salinan surat itu, saya tidak tahu kenapa kerajaan tidak membenarkan saya menyiarkan surat itu, semua surat saya yang ditulis kepada orang lain, kerajaan benarkan...jadi, saya harap kerajaan membenarkan saya menyiarkan surat itu,” katanya pada sidang media selepas perasmian Program Jelajah Keamanan ‘Waqaf Water 4Gaza’ peringkat Perak yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini, semalam.

Beberapa blog propembangkang baru-baru ini menyiarkan kembali surat sulit yang didakwa kononnya dihantar Dr Mahathir bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikan Barak sebagai Perdana Menteri Israel dan menyatakan hasrat Malaysia untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu.

Isu surat berkenaan yang pernah dinafikan Dr Mahathir sebelum ini ditimbulkan kembali penyokong pembangkang ekoran bantahan pelbagai pihak terhadap kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam akhbar Wall Street Journal yang menyatakan sokongannya terhadap apa saja usaha bagi melindungi keselamatan Israel.

Diminta penjelasan adakah benar dalam surat itu beliau memberi ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Israel, Dr Mahathir menjawab: “No way”.
Mengenai dakwaan pembangkang bahawa Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel, beliau berkata, Malaysia tidak pernah membeli atau menjual barang ke negara regim zionis itu, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa jika ia dilakukan menerusi pihak ketiga.

No comments:

Post a Comment