Friday 10 February 2012

Perlu jayakan tranformasi


SANTUBONG 9 Feb. - Semua penjawat awam di negeri ini perlu menjayakan transformasi untuk masa depan negeri yang lebih cerah.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, menjayakan transformasi adalah peranan penting penjawat awam sekali gus memenuhi harapan yang ditetapkan kerajaan.
“Kita perlu menjadikan proses perubahan itu sebagai satu rahmat dan juga cabaran dan tugas kita adalah untuk memastikan transformasi itu sesuai dan diterap dengan jayanya.
“Saya yakin penjawat awam hari ini mampu berubah dan memenuhi keperluan situasi semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Retreat Pasukan Prestasi Tinggi yang dihadiri 140 ketua jabatan kerajaan negeri, di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Morshidi Ghani; Peguam Besar Negeri, Abdul Razak Tready dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Abdul Ghafur Shariff.
Mengulas lanjut, Abdul Taib mengingatkan penjawat awam supaya bijak mencari penyelesaian di samping mendedikasikan diri kepada komitmen.
Katanya, mereka perlu mempunyai pengetahuan yang meluas tanpa melibatkan diri dengan isu-isu kontroversi dan menimbulkan perbalahan.
“Kita perlu mendapat idea daripada kumpulan yang berbeza dan mesti membandingkannya di antara kumpulan berkenaan.
“Paling penting, kebebasan perkhidmatan awam itu mesti dilindungi pada setiap masa,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment