Oleh Razak Rashid Ghows
bhnews@bharian.com.my
2012/02/21
Ahli politik bercita-cita untuk dicalonkan jadi wakil rakyat patut buat persiapan lebih rapi
BEBERAPA perkembangan politik yang berlaku sejak akhir-akhir ini memberi petanda bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kini sudah semakin hampir.

Terbaru adalah laporan yang menyatakan bahawa pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir bulan ini. Sebagai gabungan yang mewakili pelbagai parti, pemimpin BN sudah tentu perlu mempersetujui formula pengagihan kerusi yang adil sebelum memutuskan calon yang akan bertanding.
Pada peringkat awal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang menemui pemimpin BN di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai pembahagian kerusi itu.
Selepas pengagihan itu dipersetujui pada peringkat negeri, barulah satu mesyuarat diadakan pada peringkat pusat bagi mengemaskinikan dan mempersetujuinya secara sebulat suara.
Perkembangan itu mungkin satu petanda penting selain beberapa petanda lain yang menyokong ramalan berkenaan. Petanda lain ialah apabila Perdana Menteri memberi bayangannya dalam pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah di Kota Kinabalu Khamis lalu, dengan menyatakan bahawa lawatannya itu mungkin yang terakhir ke negeri berkenaan sebelum pilihan raya umum dan beliau hanya dapat ke sana lagi jika sempat.
Pemerhati politik turut berpendapat bahawa perdebatan terbuka di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Sabtu lalu yang memberi kelebihan kepada BN seharusnya menjadi petanda bahawa MCA sudah menerima semula sokongan daripada masyarakat berkenaan.
“Ia memberi ruang kepada MCA menerangkan kedudukan sebenar parti berkenaan dalam mewakili kaum Cina di negara ini dan membetulkan persepsi mengenai parti terbabit selama ini,” kata Pensyarah Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohamad Zaini Abu Bakar.
Dr Zaini menambah, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel juga memberi kelebihan kepada BN, menyebabkan pemimpin pembangkang, seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat berbelah-bahagi dengan Anwar dalam sokongannya kepada negara Yahudi terbabit.
Bagi ahli politik yang bercita-cita untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat, ramalan mengenai pilihan raya ini seharusnya mendorong mereka untuk membuat persediaan lebih rapi bukan saja dari segi mental dan fizikal tetapi juga hubungan mereka dengan pengundi.
Bagi calon baru, pilihan raya umum ini tentunya menjadi titik tolak penting sementara yang sudah lama berkhidmat, kenalah bersedia jika tidak dipilih semula.
Pengalaman PRU-12 mengajar pemimpin BN bahawa mereka kena lebih berhati-hati dalam pemilihan calon. Apapun, kriteria paling penting ialah pemimpin dan ahli hendaklah mempunyai tahap kesetiaan tinggi kepada parti.
Barisan Nasional dikatakan tidak teragak-agak untuk menutup pintu kepada pemimpin atau ahli yang tidak mengendahkan soal kesetiaan ini. Ini bermakna bakal calon hendaklah bersedia menjadi wakil rakyat berkesan untuk pengundi di kawasan yang diwakilinya, bukan sekadar menjadi batu loncatan untuk mendapat kemudahan tertentu yang lebih menarik.
Dalam lawatan yang diadakan, Najib dan Muhyiddin mengadakan perbincangan tertutup secara berasingan dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pada peringkat negeri dan menjelaskan betapa pentingnya parti berkenaan mencapai kemenangan selesa dalam PRU-13 dan menebus kembali kawasan yang tewas dalam PRU-12.
Mesej Perdana Menteri adalah jelas: rakyat mempunyai pilihan sama ada memilih kerajaan BN yang membawa bersamanya program transformasi untuk rakyat atau memilih reformasi jalanan yang didukung pembangkang.
Sekiranya rakyat memilih transformasi, ia bermakna mereka mahukan supaya kesejahteraan diteruskan. Reformasi dan demonstrasi akan hanya menjejaskan keselamatan dan membangkitkan rasa cemas terutama di kalangan pelabur asing. Ia juga akan membantutkan agenda pembangunan negara.
Rakyat kini berada di persimpangan dalam menentukan masa depan negara. Pilih BN atau pembangkang. Transformasi pembangunan dibuat secara berhemah dan sistematik.
Reformasi menuntut untuk melakukan perubahan menerusi demonstrasi jalanan.
Dalam membuat pertimbangan ini, sudah tentu rakyat perlu melihat pada rekod pencapaian kedua-duanya. Satu pernah terbukti kemampuannya dan satu lagi masih belum diuji sepenuhnya.
Kalau adapun kerajaan pembangkang di beberapa negeri, rekod mereka masih kabur dan belum meyakinkan.
Justeru pembahagian kerusi dan penentuan siapa menjadi calon boleh menang atau ‘winnable candidate’ amat penting dalam pilihan raya ini.
Setiausaha Agung Barisan Nasional dipetik sebagai berkata pihaknya kini masih mengadakan pertemuan dengan pemimpin di lima negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak. Pertemuan diadakan pada semua peringkat termasuk akar umbi bagi mendapatkan maklum balas berhubung calon yang sesuai dan boleh menang.
Perbincangan mengenainya dijangka selesai akhir bulan ini tetapi pembahagian kerusi di kalangan parti komponen masih belum diketahui. Mungkin akan ada perubahan dari segi kuota atau pengagihan kerusi antara parti komponen.

No comments:
Post a Comment