Monday 21 May 2012

Sistem dua parti beri ruang untuk ‘check and balance’

Posted on May 21, 2012, Monday


KUCHING: Sistem dua parti akan memberi ruang untuk check and balance (pemeriksaan dan penyeimbangan) dalam senario politik di negara ini.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Wong Ho Leng berkata, ia memerlukan sebuah parti menyediakan pemeriksaan dan penambahbaikan parti lain.

“Ini merupakan sistem untuk membolehkan pembangkang menyediakan pemeriksaan dan keseimbangan terhadap kerajaan memerintah.

“Bagaimanapun, ia bukan hanya melibatkan pengwujudan sistem dua parti tetapi memastikan agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan forum yang dianjurkan DAP bertajuk ‘Sistem Dua Parti, Harapan Kita’ malam kelmarin.

Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen menjelaskan, sistem dua parti akan memberi alternatif kepada rakyat.

“Ia juga berkaitan dengan sesebuah pihak yang tidak menjalankan tugas dengan baik atau terlibat dengan rasuah akan diganti menerusi pilihan raya,” ujarnya.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang menyifatkan sistem dua parti hanya dapat dilaksanakan sekiranya pilihan raya dilaksana secara bersih dan adil.

“Rakyat mahu pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia. Ia adalah harapan semua rakyat,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment