Tuesday, 15 May 2012

BN yakin mampu rampas kerusi Parlimen Sibu

Posted on May 15, 2012, Tuesday


KUCHING: Kerusi Parlimen Sibu yang berada dalam tangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pasti mampu dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN).

Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh berkata, pihaknya amat yakin kerusi tersebut akan bertukar tangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Saya yakin kami (SUPP) mampu menakluk semula Parlimen Sibu pada PRU13 nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Khas di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat berkata, kesemua 15 unit jentera parti di Sibu sudah diaktifkan.

“Mereka kini sudah mula bergerak bagi mempertahankan Parlimen Lanang dan merampas semula Sibu.

“Kami sudah bersedia dan ini adalah matlamat utama kami,” ujarnya.

Ditanya mengenai strategi yang digunakan untuk meraih undian rakyat, Wong berkata: “Kami turun padang untuk mendekati rakyat termasuk juga golongan belia.”

Pada 2010, satu pilihan raya kecil diadakan di Parlimen Sibu berikutan kematian Ahli Parlimen ketika itu, Datuk Robert Lau.

Pilihan raya itu menyaksikan calon DAP Wong Ho Leng berjaya mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.

No comments:

Post a Comment