Posted on May 31, 2012, Thursday
LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak berpesan ke-pada rakyat yang tinggal di luar bandar agar jangan se-sekali berjinak-jinak dengan parti pembangkang terutama Parti Pekerja Sarawak (SWP) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurutnya, kemunculan parti berkenaan hanya mengganggu tugas murni kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memajukan rakyat terutama rakyat luar bandar yang masih memerlukan pembelaan.
“Saya berasa hairan menga-pa rakyat di kawasan luar bandar masih terus menyokong parti pembangkang terutama SWP hanya akan musnahkan harapan dan impian mereka hendak maju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Micro Hidro dan Parit yang berlangsung di Rumah Jamban, Bilararap, Ulu Lemanak, Lubok Antu, baru-baru ini.
Projek pembinaan Micro Hidro di Rumah Jamban, Bilararap, Ulu Lemanak, Lubok Antu itu berjumlah RM200,000.
Rumah panjang Jamban, Bilararap, Ulu Lemanak adalah rumah panjang kedua akhir di sepanjang tepi Sungai Lemanak.
Selain itu Nyalau juga mengingatkan rakyat di kawasan luar bandar Lubok Antu agar tidak menggadai masa depan pembangunan mereka dengan menyokong pihak pembangkang pada PRU13 nanti.
“Saya ingatkan di sini agar jangan mudah terpedaya dengan hasutan pihak pembangkang mengenai kerajaan BN menjelang PRU nanti,” ujar beliau.
Turut hadir pada majlis itu Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen Lubok Antu Geoffery Baja Ricky Maba, wakil Ketua Polis Daerah Lubok Antu Inspektor Robert dan ketua-ketua kaum sekitar Lubok Antu.
No comments:
Post a Comment