Friday, 1 June 2012

Larry bukan pengkhianat: Taib

Wan Ali Amit. Posted on May 31, 2012, Thursday


Sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti kerana negara kita mengamalkan demokrasi

KUCHING: Pemilihan Penasihat Belia di Pejabat Ketua Menteri Larry Sng sebagai Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) dilihat bukan sebagai pengkhianat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti kerana negara kita mengamalkan demokrasi dan itu adalah hak mereka.

“Saya sememangnya tidak mahu menghalang dia menubuh atau menyertai mana-mana parti,” katanya ketika diminta mengulas pemilihan Larry sebagai presiden SWP dalam mesyuarat agung pertama parti itu di Sibu, Isnin lalu.

Larry merupakan bekas menteri muda kabinet negeri sebelum ini dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam kemelut tiada persefahaman dengan Presiden PRS Tan Sri James Masing pada 2002.

Susulan itu, Larry tidak dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Pelagus pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri 2011 dan kini kerusi itu diwakili George Lagong.

Ditanya adakah Larry berbincang dengan beliau sebelum menyertai SWP, Taib berkata: “Dia telah memaklumkan kepada saya bahawa dia mungkin mengambil jawatan dalam parti politik baharu.

“Saya cuba menasihati-nya… tetapi saya fikir seorang lelaki masih muda seperti dia (Larry) mungkin akan mencari peluang yang lebih baik,” katanya.

Ketua Menteri berkata bahawa beliau mempunyai fikiran yang terbuka untuk anak-anak (generasi muda) asalkan mereka memilih jalan yang terbaik.

Adakah Larry meletak jawatan? Taib berkata: “Itulah niatnya. Tetapi, dia belum berbuat demikian (letak jawatan) kerana ia tidaklah terlalu cepat.”

Ditanya, adakah SWP rakan mesra BN seperti yang mereka dakwa? Taib menjawab: “Jika mereka menunjukkan cara baik pasti kami akui keramahan mereka.

“Tetapi, jika semasa berkempen dalam pilihan raya mereka mencabar kami, sudah tentu kami perlu melawan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment