Thursday 7 June 2012

Larry letak jawatan Penasihat Khas Belia

KUCHING: Larry Sng yang baru-baru ini dipilih menjadi Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas Belia di Jabatan Ketua Menteri semalam.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus ketika dihubungi semalam mengesahkan peletakan jawatan itu dibuat kerana ingin terbabit aktif dalam politik.

Sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, Larry merupakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian.

Beliau tidak bertanding mempertahankan kerusi Pelagus pada pilihan raya tersebut kerana bukan lagi ahli PRS selepas disingkirkan daripada parti susulan krisis dengan Presiden Tan Sri Dr James Masing.

Larry, 33, memimpin parti yang baharu ditubuhkan pada April dan mereka mendakwa mesra Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, SWP akan meletakkan calon di enam kawasan parlimen bagi menentang Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

No comments:

Post a Comment