Tuesday 5 June 2012

Penduduk luar bandar diharap tidak tentang k’jaan BN

June 5, 2012, Tuesday

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berharap penduduk di kawasan luar bandar tidak bangkit menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) hasil bantuan pembangkang.

Ini kerana penduduk di kawasan luar bandar masih memerlukan perhatian sewajarnya daripada kerajaan BN bagi tujuan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing.

“Apabila anda (penduduk kawasan luar bandar) bekerja-sama dengan pembangkang dan bangkit menentang BN maka ia secara tidak langsung menjejaskan usaha pemba-ngunan yang bakal dilaksana kerajaan untuk anda pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap dalam program Gawai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang di Rumah Suntai Awel, Kampung Empadi Tengah Undop dekat Sri Aman semalam.

Penduduk luar bandar sebaliknya, kata Harden, harus sentiasa bersama-sama dengan BN untuk memastikan kelancaran projek pemba-ngunan di kawasan masing-masing demi memastikan peningkatan taraf hidup dari semasa ke semasa.

“Lagipun pembangkang hanya petah bercakap tetapi tidak banyak bekerja untuk membantu membangunkan penduduk di kawasan luar bandar yang sebelum ini masih jauh ketinggalan daripada segala aspek pembangunan.

“Kemampuan mereka tidak seperti BN yang selama ini berusaha keras meningkatkan taraf hidup penduduk secara sistematik dan berperingkat-peringkat di kawasan dalam dan luar bandar negeri ini,” katanya sambil berharap penduduk Sri Aman terus setia di belakang BN.

Turut hadir Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Penghulu Michael John Sanggup, Pengerusi SUPP Cawangan Lingga Kapitan Kuek Aik Seng dan Kaunselor Sawing Sumar.

Pada majlis sama, Harden turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Sutai untuk tujuan menjalankan aktiviti sepanjang tahun mereka.

Dalam pada itu, program berkenaan turut dimeriahkan dengan acara miring, acara ngetas ranyai, acara ngerebah pokok ranyai dan persembahan karaoke oleh artis tempatan dan penduduk rumah panjang.

No comments:

Post a Comment