Thursday 7 June 2012

Lo aktif bukan kerana PRU13

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang aktif memainkan peranan bukan kerana bakal bertanding di Parlimen Stampin tetapi sebagai menjaga keluhuran parti.

Beliau bagaimanapun tidak menyangkal bahawa beliau antara beberapa calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dikenal pasti untuk bertanding bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Tidak kira sesiapa sahaja yang dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi itu nanti, kita haruslah memberi sokongan penuh dan mengamalkan semangat kekitaan,” katanya ketika ditanya melalui pesanan SMS semalam.

Tambah beliau, SUPP tidak akan berpecah dan ramai muka baharu yang bersatu hati dalam menjalankan tugas mereka untuk rakyat jelata.

“Kami mahu rakyat Sarawak mengetahui rangka kerja politik yang dimainkan SUPP dalam Barisan Nasional (BN) yang telah menjamin keamanan dan kestabilan lebih dua generasi sekarang,” katanya.

Justeru, beliau mahu hubungan komuniti Cina dan kerajaan pemerintah sentiasa terpelihara menjelang PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment