Friday, 1 June 2012

Abdullah sanggup berdebat dengan DAP jika dibenar pemimpin PBB

Posted on June 1, 2012, Friday


KUCHING: Ketua Setia-usaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata, beliau sanggup menyahut cabaran DAP untuk berdebat jika pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membenar-kannya.

Katanya, beliau tidak gentar dengan cabaran DAP atau mana-mana parti pembangkang kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai fakta-fakta kukuh bagi menangkis serangan dan tuduhan.

“Kalau pucuk pimpinan dalam parti merasakan perbahasan ini hanya membuang masa maka mungkin kami tidak layan permohonan mereka.

“Secara peribadi (saya) tidak gentar untuk berhadapan dengan mereka (DAP),” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA) di sini, semalam.

Semalam Setiausaha DAP Negeri Sarawak Chong Chieng Jien menghantar sendiri surat ke Ibu Pejabat PBB, yang mempelawa agar pemimpin-pemimpin parti itu berdebat.

Topik berkisar tentang frasa ‘jika BN dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak tewas, rakyat Sarawak sukar untuk terus hidup’.

Bagaimanapun, kakitangan di pejabat pentadbiran PBB enggan menerima surat pelawaan dengan alasan tidak ada pegawai yang bertanggungjawab kerana sedang bercuti.

Abdullah yang juga Pe-ngerusi Kelab Penyokong BN Sarawak berkata lagi, peluang untuk berdebat tentang pelbagai isu sudah tersedia semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang baru-baru ini.

Semua orang diberi pe-luang untuk bercakap dalam Dewan, sama ada isu melibatkan politik atau isu kebajikan rakyat, katanya.

Menurutnya dalam persidangan baru-baru ini, pembangkang tidak meng-ambil kesempatan untuk membangkitkan banyak perkara yang melibatkan kebajikan masyarakat.

DAP juga dikatakan me-nyalahgunakan keistimewaan DUN untuk menuduh BN melakukan pelbagai kesalahan.

“Sekarang setelah sedar mereka telah kalah dalam perbahasan di Dewan jadi mereka mengajak untuk berbahas di luar,” kata-nya.

Sementara itu, Chong yang juga ADUN Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Bandar Kuching ketika ditemui di pejabat PBB berkata, mereka mempelawa mana-mana pemimpin PBB untuk berdebat.

“Jika mereka setuju tarikh dan pengantara debat itu akan dipilih berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak,” katanya.

No comments:

Post a Comment