Saturday, 16 June 2012

Peguam nafi penglibatan dalam Majlis Tertinggi SWP

SIBU: Seorang peguam yang bertugas di Bintulu, Jefferson Jingan Nanang, menafikan penglibatannya dalam Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Pada 28 Mei lepas, Jefferson telah ‘dilantik’ sebagai salah seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) SWP ketika mesyuarat pertama parti terbabit di Sibu.

“Saya tidak menghadiri mesyuarat SWP di Sibu pada 28 Mei lepas di mana pemilihan ahli jawatankuasa telah dijalankan. Berdasarkan laporan akhbar pada 29 Mei, saya telah dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Tertinggi.

“Saya tidak pernah memberi sebarang kebenaran untuk dicalonkan sebagai calon pada pemilihan bagi Majlis Tertinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan yang diterima, semalam.

Menurut Jefferson lagi, beliau tidak pernah mendaftar sebagai ahli SWP serta menghadiri dan mengambil bahagian dalam mana-mana majlis anjuran parti terbabit.

Sehubungan itu, menurut anak kelahiran Skrang itu, pemilihannya sebagai salah seorang ahli MT SWP adalah tidak sah dan terbatal.

“Tujuan saya membuat kenyataan ini adalah untuk mendedahkan kebenaran dan membersihkan nama saya,” jelasnya sambil menambah beliau membuat kenyataan tersebut atas kehendak diri sendiri serta tanpa paksaan mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment