June 4, 2012, Monday
Parti itu hanya cuba menipu rakyat: Salang
JULAU: Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang mengkritik Parti Pekerja Sarawak (SWP) kerana mendakwa ia mesra Barisan Nasional (BN).
Beliau sebaliknya berkata SWP hanya cuba menipu rakyat.
Katanya SWP telah manyatakan hasrat untuk bertanding menentang Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan parti komponen BN, di semua enam kawasan di mana calon PRS dijangka diletakkan iaitu di Sri Aman, Lubok Antu, Selangau, Julau, Kanowit dan Hulu Rajang.
Permusuhan SWP dengan PRS bermula sejak pertelingkahan kepimpinan antara penggerak utama SWP Datuk Sng Chee Hua, bekas Timbalan Presiden PRS dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus dan MP Julau dengan Presiden PRS Tan Sri James Masing, katanya kepada Bernama malam kelmarin selepas kembali dari menghadiri perayaan Gawai di empat rumah panjang di kawasan pedalaman.
“Tetapi majoriti ahli dalam PRS mahu Masing menjadi Presiden.
Pertelingkahan itu kini memasuki fasa baharu di bawah anak lelaki Sng, Larry (Sng Wei Shien), Presiden SWP pertama yang dipilih,” katanya.
Mengenai kemungkinan sama ada Larry Sng atau Ahli Dewan Undangan Negeri Meluan Wong Judat bertanding menentangnya di Julau nanti, Salang yang merupakan penyandang selama tiga penggal berkata, beliau mengalu-alukan kedua-dua mereka kerana ia merupakan hak demokrasi mereka untuk bertanding.
“Wong selalu berkata beliau mempunyai masalah dengan saya tetapi saya tidak berkelahi dengan beliau.
“Saya tidak faham kenapa beliau sering membangkitkan soal projek Jalan Nanga Entabai-Pantau Limau apabila penjelasan demi penjelasan telah diberikan,” katanya.
Salang berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan RM40 juta bulan lalu untuk pelaksanaannya berbanding RM3 juta yang sudah tentu tidak mencukupi untuk membina jalan luar bandar sepanjang 27 kilometer itu.
Beliau berkata kriteria kerajaan dalam melaksanakan projek besar ialah ia mesti memberi manfaat kepada seramai mungkin rakyat dan tidak hanya satu atau dua individu untuk aktivti pembalakan atau perburuan. — Bernama

No comments:
Post a Comment