Wednesday 20 June 2012

Pertahan Kota Samarahan sebagai kubu kuat BN

by Wan Ali Amit. 

GAWAI: Mohammad Ali (tengah) bersama Robert (kanan) dan Aidel (dua kiri) ketika hadir Majlis Ngiling Tikai Gawai di Kampung Melaban, Kota Samarahan malam Ahad lalu.



KOTA SAMARAHAN: Penduduk di sini diminta mengukuhkan kerjasama dan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kota Samarahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud berkata Parlimen Kota Samarahan sememangnya menjadi kubu kuat BN sejak beberapa dekad lalu.

Justeru katanya, rakyat di kawasan ini (Kota Samarahan) telah menerima pelbagai pembangunan ha-sil daripada kebijaksanaan wakil rakyatnya (Ahli Parlimen BN).

“Kita mahu rakyat akan terus memberi kemena-ngan besar kepada calon BN yang bakal bertanding pada PRU13 kelak,” katanya berucap pada Majlis Ngiling Tikai Gawai 2012 di Kampung Melaban, di sini malam Ahad lalu.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan turut dihadiri ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo serta tetamu-tetamu lain.

Mohammad Ali berkata berdasarkan pengalaman beberapa PRU lalu, Parlimen Kota Samarahan ternyata merupakan kubu kuat BN kerana rakyat di sini telah mengecapi banyak pemba-ngunan yang dilaksanakan kerajaan BN.

“Saya percaya rakyat di bahagian Samarahan akan terus memberi sokongan padu kepada BN bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kota Samarahan pada PRU13,” katanya.

Mohammad Ali menarik perhatian sesiapa sahaja calon BN yang dikemukakan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti untuk bertanding di Parlimen Kota Samarahan pastinya mampu mencapai kemenangan besar.

Parlimen Kota Samarahan mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Asajaya dan Muara Tuang yang masing-masingnya disandang Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya) dan Mohammad Ali (Muara Tuang).

Penyandang bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan ialah bekas Timbalan Menteri Pelancongan Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib yang menyatakan hasratnya tidak mahu bertanding lagi pada PRU13 nanti.

Justeru, Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB) akan menampilkan calon muka baharu bagi menggantikan Sulaiman.

Menurut Mohammad Ali, kepesatan pembangunan yang berlaku di Kota Samarahan tidak dinafikan terutama dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan insfrastruktur awam.

“Kita yakin hanya keraja-an BN sahaja yang mampu meneruskan perjuangan membela nasib rakyat dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment