Wednesday 20 June 2012

Lynas boleh beroperasi

Oleh Syuhada Choo Abdullah, Shaarani Ismail dan S Anand Kumar






LOKASI tapak projek Lynas dikelilingi kemudahan menjadikan ia lokasi strategik untuk dibangunkan.KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP memutuskan projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, boleh dibenarkan beroperasi dengan kawal selia berterusan oleh agensi penguat kuasa.

Bagi tujuan itu, kerajaan dicadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan yang dianggotai agensi berkaitan dengan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) serta pakar bertauliah.
Ia antara 31 syor yang antara lain mengenai aspek keselamatan terhadap pendedahan sinaran, kesihatan awam, pengurusan residu, alam sekitar, memperkasa agensi penguat kuasa dan makluman kepada masyarakat secara berkesan.

Laporan itu menyatakan, bersandarkan dapatan dan fakta saintifik, takrifan undang-undang serta pandangan pakar, projek itu bukan aktiviti perlombongan, sebaliknya kilang pemprosesan kimia yang menghasilkan nadir bumi. Ia juga bukan loji nuklear dan potensi kemudaratan kepada kesihatan awam sangat terpencil.Rumusan dan syor berkenaan terkandung dalam laporan jawatankuasa yang dibentangkan pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi, di Dewan Rakyat, pagi semalam. 

Ia diluluskan selepas dibahaskan lebih enam jam. Ketika perbahasan, berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang mempertahankan hujah masing-masing. 

Syor lain ialah mengeluarkan lesen Kelas A (Mengilang Peringkat Pengendalian Sementara/TOL) supaya projek itu dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad, tetapi perlu mematuhi semua syarat lazim dan syarat tambahan dalam lesen itu.

Bagaimanapun, keputusan untuk mempertimbangkan proses pelesenan selanjutnya perlu berasaskan data yang diperoleh hasil pemantauan dan kawal selia oleh pihak berkuasa. 
Laporan itu menyatakan, bersandarkan dapatan dan fakta saintifik, takrifan undang-undang serta pandangan pakar, projek itu bukan aktiviti perlombongan, sebaliknya kilang pemprosesan kimia yang menghasilkan nadir bumi. Ia juga bukan loji nuklear dan potensi kemudaratan kepada kesihatan awam sangat terpencil.

Jawatankuasa itu juga berpendapat operasi projek LAMP akan menggunakan teknologi termaju dan mempunyai kepakaran berwibawa untuk mematuhi semua obligasi standard dan kawal selia ketat yang ditetapkan.

Projek LAMP juga bukan saja memenuhi dan mematuhi keperluan piawaian dan perundangan di Malaysia yang setaraf amalan antarabangsa, malah ada peruntukan undang-undang dan piawaiannya lebih ketat berbanding pada peringkat antarabangsa.

Jawatankuasa itu yakin projek LAMP sudah menyediakan sistem kawalan seperti ditetapkan dalam perundangan kebangsaan dan piawaian antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta perlindungan alam sekitar tidak terjejas atau dikompromi.

Laporan itu juga menjawab kebimbangan serius orang ramai terhadap dedahan sinaran kerana wujud persepsi projek Lynas sama dengan operasi loji nuklear dan perbandingan selalu menjurus kepada masalah di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah yang ditutup pada 1992.

Berdasarkan penjelasan saintifik oleh kumpulan pakar pula mendapati proses kilang projek LAMP tertumpu dan membabitkan tindak balas kimia serta fizikal dalam menghasilkan lanthanum dan tiada unsur tindak balas nuklear sama sekali.

Pekatan lantanid, iaitu bahan mentah yang akan digunakan tidak ditakrifkan sebagai bahan radioaktif, tetapi bahan mengandungi unsur radioaktif semula jadi (NORM). Justeru, residu yang akan dikeluarkan bukan sisa radioaktif tetapi residu mengandungi NORM.

Mengenai pandangan pelbagai pihak bahawa tahap dedahan sinaran berpotensi memudaratkan kesihatan awam seperti meningkatkan bilangan kes berkaitan kanser, pakar kesihatan berpandangan insiden itu pada jangka panjang hanya mungkin boleh berlaku jika pekerja dan masyarakat terdedah kepada jumlah torium yang besar dan di luar kawalan.

No comments:

Post a Comment