Tuesday, 5 June 2012

Nasib dan masa depan rakyat lebih terjamin di bawah BN: Ding

June 5, 2012, Tuesday

SARIKEI: Nasib dan masa depan rakyat akan lebih terjamin jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk mentadbir negara ini melalui kemenangan dalam Pilihan Raya Ke-13 (PRU13), kata Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kong Hiing.

Menurutnya, rakyat tidak perlu gusar memikirkan dakyah yang ditabur pembangkang kerana semua itu adalah palsu dan gimik politik yang dimainkan mereka untuk menarik simpati rakyat.

Ding berkata, pembangkang sebenarnya cemburu dengan kejayaan pemimpin BN selama ini yang telah banyak membawa kejayaan terutama daripada aspek pembangunan dan kemajuan kepada rakyat tanpa meng-amalkan pilih kasih.

“Pembangkang sekarang amat bijak memutar belit setiap isu yang berlaku, malah ada sesetengah pihak tersebut sanggup mengatakan bahawa setiap usaha pembangunan yang dipergiatkan adalah hasil usaha mereka yang kerap mendesak kerajaan.

“Justeru rakyat harus sedar bahawa jika tiada pembangkang pun, pihak kepimpinan kerajaan BN memang tetap meneruskan aktiviti pembangunan yang dirancang kerana semuanya telah menjadi agenda kerajaan BN sejak dahulu lagi,” katanya.

Tambahnya, kerajaan BN tidak pernah mengabaikan rakyatnya, malah telah ba-nyak melakukan pelbagai perkara bagi memastikan rakyat negara ini terus maju.

“Bagi Parlimen Sarikei, dua tempat iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Repok dan DUN Meradong telah berjaya ditawan oleh pihak pembangkang, jadi yang hanya tinggal untuk harapan rakyat khususnya yang berada di kawasan luar bandar untuk bergantung ialah peringkat Parlimen sahaja.

“Jadi amat penting bagi rakyat di kawasan ini terus mempertahankan kerusi Parlimen Sarikei kerana hanya pemimin BN sahaja yang mampu membawa rakyat kepada pembangunan mapan,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Gawai Bersama Rakyat di Rumah Lingga, Selanggan Sarikei, semalam.

Ding berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Gawai Bersama Rakyat di Rumah Lingga, Selanggan Sarikei, semalam.

Dalam majlis ini pelbagai aktiviti dijalankan seperti persembahan kebudayaan, pertunjukan pakaian tradisional oleh masyarakat rumah panjang dan sesi jamuan.

Terdahulu sebelum itu, Ding turut sempat beramah mesra dengan penduduk setempat yang hadir dalam majlis berkenaan.

Kira-kira 200 masyarakat termasuk ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei hadir memeriahkan majlis berkenaan.

1 comment:

  1. Dasar penipu besar.... bertaubat la kamu sebelum anda ditaubatkan

    ReplyDelete