Misiah Taib 2012/06/04
NAJIB bersalaman dengan masyarakat Dayak pada majlis sambutan perayaan Pesta Gawai di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Betong, semalam. Hasrat lawan calon komponen tidak relevan dianggap rakan
JULAU: Datuk Seri Najib Razak, berkata Parti Pekerja Sarawak (SWP) tidak boleh mendakwa ia parti 'mesra Barisan Nasional (BN)' apa lagi ia secara terbuka mengumumkan akan meletak calon menentang BN di kawasan diwakili Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mahu rakyat Sarawak supaya hanya memberi sokongan kepada calon BN, dan bukan mana-mana calon yang mendakwa 'mesra BN' tapi bertanding menentang calon BN.
“Ia tidak logik sama sekali, tak ada rasionalnya dan tidak konsisten dengan dakwaan mereka. Kalau nak kata 'mesra BN' apa salahnya SWP sokong calon BN, bukannya menentang calon BN.
“Kalau dia (SWP) menentang (BN) maknanya tindakan mereka bertentangan dengan apa yang mereka luahkan (mesra BN),” katanya pada sidang media selepas majlis ‘Ngabang’ (kunjungan) Gawai Dayak di Rumah Jana, Batu Matop, di sini, semalam.
Isnin lalu, ketika mesyuarat agung Pertama SWP, Presidennya Larry Sng mengumumkan bahawa partinya ‘mesra BN’ tetapi akan menentang satu daripada parti komponen BN Sarawak dengan meletakkan calon di enam kerusi Parlimen yang dijangka akan ditandingi Parti Rakyat Sarawak (PRS). SWP ditubuhkan bekas pemimpin PRS berikutan krisis dalaman.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Najib menjelaskan tidak ada parti lain selain calon BN dari PRS akan mendapat sokongan padu BN di kawasan itu. “Jika ada sesiapa mendakwa kononnya mereka mendapat sokongan BN, itu tidak benar. Kita sokong PRS, kita sokong PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), kita sokong Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak).
“Inilah kenyataan rasmi saya sebagai Pengerusi BN,” katanya sebagai menjawab permintaan Ahli Parlimen Julau yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, yang dalam ucapannya sebelum itu, mahu Perdana Menteri dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyatakan pendirian mereka mengenai SWP di hadapan lebih 5,000 penduduk yang membanjiri rumah panjang 72 pintu itu, sempena kunjungan Perdana Menteri.
Abdul Taib selaku Pengerusi BN negeri yang berucap sebelum itu turut menyatakan pendiriannya bahawa BN tidak boleh menerima SWP sebagai ‘mesra BN’ jika ia menentang calon BN dan turut meminta semua penyokong PBB di Julau supaya menyokong calon BN dari PRS saja.
Sementara itu, pada sidang media sama, Najib menyatakan keyakinannya BN Sarawak akan kekal menjadi kubu kuat BN pada PRU ke-13 nanti, namun semua jentera parti perlu bekerja kuat sampai saat-saat akhir.

No comments:
Post a Comment