Wednesday 27 June 2012

Parti politik perlu patuhi peraturan

KUCHING: Parti politik diminta mematuhi semua peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh berkempen sehingga hari mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, lazimnya parti politik yang bertanding akan menimbulkan masalah kepada pasukan penguat kuasa SPR kerana melanggar undang-undang serta peraturan sedia ada.

Beliau berkata, parti politik yang bertanding sering mengetepikan peraturan dan undang-undang sedia ada, antaranya Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen dan memasang poster serta bendera parti masing-masing.

“SPR mengharapkan soko-ngan kuat daripada parti-parti politik untuk melaksanakan pilihan raya yang aman, ber-kempen secara aman dan saling menghormati selaras dengan undang-undang,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Taklimat Pasukan Pe-nguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) PRU13 bagi Zon Kuching.

Wan Ahmad dalam sidang media itu juga mengingatkan setiap parti politik agar mempelbagai penggunaan bahasa dalam sepanduk, poster mahupun kain rentang bagi membolehkan mesej disam-paikan difahami semua kaum dan mengelak isu perkauman.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang lalu (2011), terlalu banyak sepanduk mahupun kain rentang dipamerkan dalam kawasan pilihan raya mengandungi bahasa yang masyarakat di situ tidak faham.

“Misalnya menulis mesej atau manifesto dalam bahasa Mandarin sahaja walhal masyarakat pengundi di situ berbilang bangsa, semua perlu faham apa mesej yang disampaikan bukan hanya untuk satu bangsa pengundi.

“Jadi SPR mengharapkan parti-parti politik dan calon-calon gunakan lebih daripada satu bahasa, baharulah kita menepati maksud supaya rakyat tahu mesej yang mahu disampaikan.

“Maka dengan itu tiadalah buruk sangka tentang sesuatu perkara yang diberitahu kepada satu kaum sahaja dan kaum lain tidak,” ujarnya.

Mengenai penyebaran ma-nifesto parti pembangkang menerusi media awam Radio Televisyen Malaysia (RTM), Wan Ahmad berkata, semua parti harus mematuhi syarat dan garis panduan ditetapkan antaranya rakaman dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh disiarkan.

Beliau berkata, pembangkang harus faham media awam di bawah sistem pemerintahan kerajaan yang memerintah ketika ini serta dipantau dan diselia oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Katanya, ia sudah menjadi dasar kerajaan sejak merdeka untuk menyebarkan segala maklumat dan dasar-dasar rasmi kerajaan.

“Sebab itu syarat perlu dikenakan. Kalau dibuka untuk parti-parti politik menyebar maklumat palsu, fitnah, maklumat tidak betul, yang belum pasti mengikut sesuka hati itu tak kena, kan?

“Kita sudah mendapat persetujuan daripada kementerian dengan tempoh penyiaran sama diberikan kepada semua parti politik menerusi radio dan televisyen juga Bernama… Perdana Menteri sekalipun kalau mahu me-nyampaikan ucapan hari kemerdekaan misalnya perlu rakam dahulu,” katanya.

Justeru beliau mahu semua pembangkang khususnya melihat dengan positif perkara itu dan menganggap ia peluang untuk mereka membangkitkan manifesto masing-masing.

“Pembangkang dan Barisan Nasional akan diberi masa yang sama untuk mereka memperjelaskan manifesto masing-masing dalam media awam… 10 hingga 15 minit itu sudah dikira bagus,” kata-nya.

No comments:

Post a Comment