KUCHING: Kelab Barisan Nasional (BN) akan akur dengan keputusan pucuk kepimpinan sekiranya Datuk Dr Tiki Lafe tidak dicalonkan semula di kerusi Mas Gading pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Jurucakap kumpulan tersebut, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pembangunan Estet Perindustrian) Datuk Peter Nansian Ngusie memberitahu, walaupun telah mencadangkan Dr Tiki untuk dicalonkan semula namun mereka bersedia menghormati keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
“Bagaimanapun, keputusan tersebut terletak di tangan PM dan juga KM dan kita akan menyokong sesiapa sahaja calon (di Mas Gading).
“Ingin saya tekankan di sini bahawa kami Kumpulan Berlima menyokong BN dan kami akan mematuhi keputusan BN,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Nansian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Tasik Biru) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tersebut sekiranya BN memilih calon lain untuk dipertandingkan di Mas Gading.
Kumpulan Berlima atau Kelab BN itu dianggotai oleh ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran, Ahli Parlimen Mas Gading Dr Tiki, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan ADUN Bekenu Rosey Yunus.
Manakala mengenai pendirian Kelab BN dengan Parti Pekerja Sarawak (SWP), Nansian memberitahu mereka tidak akan menyokong parti baharu tersebut memandangkan ia bukan parti komponen BN.
“Tidak ada apa-apa untuk dikatakan mengenai agenda mereka dan kita hanya menyokong sesiapa yang mengikuti prinsip BN.
“Kita hanya akan mempertimbangkan tawaran menyertai parti komponen BN,” katanya.

No comments:
Post a Comment