June 4, 2012, Monday
MENARI BERSAMA: Najib turut sama menarikan tarian ngajat diikuti oleh Taib (belakang).
JULAU: Kemunculan parti baharu yang menyatakan pendirian mereka untuk berdiri dan menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) hendaklah diterima dan disambut dengan baik, kata Ketua Menteri Pehin Sri Datuk Abdul Taib Mahmud.
“Kita akan terima dengan baik kehadiran parti baharu yang baik dengan kita (BN) tetapi parti tersebut janganlah bertanding menentang kita (part-parti komponen BN yang lain),” kata Taib di Ngabang Gawai Dayak 2012 di Rumah Jana Saweng di Batu Matup dekat sini, semalam.
Taib memberitahu, jika mereka betul-betul berniat baik maka tunjuklah sokongan padu kepada mana-mana calon yang akan bertanding mewakili BN kelak.
Menyentuh mengenai kunjungan Hari Gawai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Taib menyifatkan Najib seorang yang prihatin dan menggunakan inisiatif berbeza dengan berkunjung ke peringkat akar umbi daripada menghadiri majlis-majlis besar seumpamanya yang diadakan di tempat-tempat mewah.
“Kita bertuah kerana kita mempunyai Perdana Menteri yang sayangkan kita. Setiap peruntukan yang telah dia beri selama ini adalah untuk membuatkan rakyat lebih senang,” tambah beliau.
Menurut Taib lagi, sepanjang tiga tahun Najib menerajui negara, kerajaan negeri telah menerima sebanyak RM2,300 juta (RM2.3 bilion) daripada kerajaan persekutuan untuk tujuan pembangunan negeri.
Majlis Ngabang Gawai Dayak 2012 di Rumah Jana Saweng semalam turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Masing dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

No comments:
Post a Comment