Tuesday 5 June 2012

Nampaknya Larry tidak peduli

Saibi Gi. June 5, 2012, Tuesday


SWP tetap lawan PRS meskipun PM tidak iktiraf konsep mesra BN parti itu

KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) tidak akan berganjak daripada keputusan untuk meletakkan calon di enam kerusi Parlimen milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) meskipun selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin tidak mengiktiraf konsep mesra BN yang dinyatakan parti itu sejak penubuhannya.

Presidennya Larry Sng berkata, beliau tidak terkejut dengan ulasan Najib yang menyarankan agar SWP tidak menentang PRS jika benar mereka rakan BN kerana ia disifatkannya sebagai untuk ‘kegunaan umum’.

“SWP kekal dengan pendiri-an untuk bertanding hanya di kerusi-kerusi PRS,” katanya ketika dihubungi semalam.

Larry yang juga bekas ADUN Pelagus dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri berkata lagi, jika menang mereka akan bekerjasama dengan BN.

“Selepas menang kami akan mengundi BN dalam Parlimen,” katanya yang pernah menjadi antara pemimpin dalam PRS.

Bagaimanapun, Larry di-singkir daripada parti apabila menentang presidennya Tan Sri James Masing.

Larry membayangkan ke-yakinannya SWP akan diterima masuk sebagai parti komponen BN kelak apabila mereka menang.

“Sejarah membuktikan ke-sediaan BN menerima parti lain seperti PBDS masuk ke dalam BN,” ujarnya.

Kelmarin, Najib dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menggesa penduduk di Julau dan kawasan lain agar tidak mengundi calon SWP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Larry juga dikatakan bakal bertanding. Bagaimanapun beliau enggan mengesah-kan sekarang dan akan berbuat demikian jika soko-ngan akar umbi benar-benar meyakinkan.

No comments:

Post a Comment