Monday, 4 June 2012

Keunikan masyarakat pelbagai kaum negara ini dikagumi masyarakat luar

June 4, 2012, Monday

PAKAN: Keunikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang tinggal dalam suasana perpaduan dan harmoni dikagumi masyarakat luar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua senator Amerika Syarikat Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman begitu kaum dengan suasana perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Mereka yang melawat negara ini, baru-baru ini berharap negara-negara lain di dunia ini mencontohi Malaysia.

“Kekaguman mereka bukan hanya kepada keharmonian negara ini tetapi terhadap kepimpinan negara ini kerana mampu membawa Malaysia maju dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan politik hingga negara ini dikenali di seluruh negara.

“Apa yang mengharu dan membanggakan kita ialah kata-kata ini bukannya di- lafaz dari mulut orang kita tetapi masyarakat dari luar negara… sedangkan dalam situasi yang lainnya, ada segelitir masyarakat kita sanggup membawa budaya liar yang mampu memusnahkan semua kebanggaan ini demi untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

Najib berkata demikian pada majlis lawatan rasminya ke Rumah George Chunggut, Nanga Nansang, Pakan sempena sambutan Hari Gawai Dayak, semalam.

Menurut Najib, kerajaan Barisan Nasional (BN) adala sebuah kerajaan yang mengutamakan pembangunan dan kemajuan rakyat melalui pelbagai pendekatan.

“Negeri Sarawak telah banyak membangun sejak dari dahulu lagi dan jika lihat sekarang banyak tempat di negeri ini telah mempunyai infrastruktur yang sempurna seperti kemudahan jalan raya yang berturap, sistem perparitan yang terancang dan sistematik, sekolah yang sempurna dan banyak lagi kemajuan lain.

“Jika kita membuat perbandingan di antara kerajaan BN dengan puak pembangkang, apa yang paling jelas dalam perjuangan dua kelompok ini ialah pembangkang adalah jaguh dan pakar menghasut manakala kerajaan BN adalah kerajaan yang memperjuangkan masa depan rakyat daripada semua aspek kemajuan dan pembangunan,” jelasnya.

Tambahnya jika kerajaan BN diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat untuk mentadbir negara ini melalui kemenangan besar pada pilihan raya akan datang, beliau berjanji akan lebih banyak pembangunan yang dirancang kerajaan selama ini bakal dinikmati rakyat.

Terdahulu sebelum majlis ini berlangsung, Perdana Menteri sempat meluangkan masanya untuk beramah mesra dengan kira-kira 3,000 penduduk tempatan.

Lawatan sehari Najib ke kawasan pedalaman itu juga telah membuktikan bahawa beliau betul-betul mengamalkan konsep 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment