KUCHING: Rakyat negeri ini yakin penurunan harga petrol RON97 pada kadar 10 sen seliter bukan helah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memancing pengundi ‘berduit.’
Penurunan tersebut, sebalik-nya diyakini didorong oleh faktor ekonomi semasa yang menyaksi-kan harga purata minyak telah menurun dan mengubah harga pasaran.
Menurut salah seorang pengguna RON97, Adam Sulung yang ditemui semalam, penurunan harga petrol RON97 kepada RM2.80 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa 7 Jun disambut baik oleh mereka.
Meskipun secara kasar penurunan tersebut dilihat agak rendah, namun bagi pengguna tetap RON97, pengurungan 10 sen seliter memberikan perbezaan yang ketara kepada penggunaan harian mereka.
“Pada saya penurunan harga petrol RON97 ini adalah dipengaruhi oleh ekonomi semasa yang mendorong kepada penurunan harga purata minyak di pasaran dunia.
“Keadaan ini sekali gus membuktikan bahawa langkah kerajaan menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 ini bukan gimik pilihan raya,” katanya.
Adam yang bekerja sebagai pendidik di salah sebuah sekolah menengah di sini menambah, bagi pengguna tetap RON97, kenaikan dan penurunan harga petrol tidak akan mempengaruhi mereka untuk menukar pilihan penggunaan.
Katanya, RON97 amat sesuai untuk kenderaan jenis berkuasa tinggi dan memberikan prestasi pemanduan yang amat lancar berbanding petrol RON95 yang lebih sesuai untuk kenderaan kecil.
“Saya amat gemarkan RON97 dan sebagai pengguna tetap petrol jenis ini sudah pasti saya me-nyambut baik langkah kerajaan menurunkan harga jualan runcit kepada RM2.80 seliter mulai 7 Jun,” tambahnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna wanita yang ditemui di stesen minyak berhampiran menyambut baik penurunan harga jualan runcit petrol RON97 kepada RM2.80 seliter.
Hanya ingin dikenali sebagai Kho, suri rumah sepenuh masa ini turut percaya penurunan ini bukan helah kerajaan BN untuk memancing undi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Jika dilihat secara kasar mungkin ramai yang beranggapan penurunan ini agak sedikit, tetapi jika kita membeli dalam kuantiti yang banyak perbezaannya amat ketara,” katanya.
No comments:
Post a Comment