Friday, 1 June 2012

Rakyat diajak tolak Anwar


Saibi Gi. Posted on May 31, 2012, Thursday


Anwar tidak layak jadi PM, rekodnya sanggup khianati negara

KUCHING: Senator Ezam Mohd Nor mengajak rakyat Sarawak menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ezam yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri berdasarkan rekodnya yang sanggup mengkhianati negara.

Sambil menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak akan berjaya mencapai impian menjadi Perdana Menteri, beliau memberitahu bahawa kesalahan besar dalam politik ialah mengkhianati negara.

“Dia rosakkan imej Malaysia di luar negara menggunakan media antarabangsa.

“Saya datang ke Kuching kerana ingin mengingatkan orang di sini jangan bersekongkol dengan orang yang mencemarkan nama negara,” katanya berucap dalam Majlis Pidato Perdana di Gita, di sini malam kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, bekas Senator Datuk Idris Buang dan Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg.

Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata kegiatan buruk bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar didedahkan kepada rakyat Sarawak walaupun majoriti rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak bimbang dengan Sarawak (sokongan), tidak ada negeri sehebat Sarawak dalam memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Anwar tahu ubat dia jual di Sarawak tidak laku,” ujarnya dalam ceramahnya yang mengambil masa kira-kira sejam lebih.

Menurutnya, tidak usah panik apabila melihat kehadiran orang ramai pada majlis ceramah anjuran Anwar yang merupakan ketua pembangkang kerana ia bukan ukuran sebenar sokongan kepada pembangkang.

“Orang ramai datang untuk mendengar hujah-hujahnya kerana ingin mengadili siapa yang hendak disokong.

“Pilihan raya negeri Sarawak yang lepas sudah membuktikannya apabila Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri di Sarawak,” katanya.

Katanya, BN merupakan pilihan terbaik bagi rakyat yang menginginkan pembangunan berkesinambungan.

“Bukan soal Anwar tetapi demi masa depan negara. Kita tidak mahu melihat negara dihancurkan oleh Anwar,” katanya.

No comments:

Post a Comment