Thursday, 5 April 2012

Saya tak pernah melencong daripada komitmen: Najib

Posted on April 5, 2012, Thursday

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejak menjadi Perdana Menteri tiga tahun lalu, beliau tidak per-nah melencong dalam komitmennya bagi membawa per-ubahan sebenar merentasi semua bidang, dengan kemakmuran, keselamatan dan demo-krasi yang berkekalan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.
Najib berkata, sehingga itu beliau telah bekerja bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia bagi menjadikannya se-suai untuk menghadapi cabaran abad ke-21, bagi meningkatkan daya saing, pendapatan dan mengurangkan pengangguran pada sepanjang masa itu.
Beliau menegaskan bahawa beliau telah memansuhkan perundangan era kolonial yang menindas dan menggantikannya dengan undang-undang moden dan progresif yang melindungi kehidupan dan hak semua rakyat Malaysia.
Perdana Menteri juga berkata, beliau telah mendengar gesaan untuk ketelusan yang lebih luas dalam pilihan raya, menubuhkan suruhanjaya dwipartisan bagi meneliti proses mengundi dan memperkenalkan langkah-langkah seperti penggunaan dakwat kekal bagi mengurangkan kemungkinan penipuan dalam pemilihan.
“Dalam setengah abad kemerdekaan, kita mendapati pembaharuan yang mantap adalah cara terbaik bagi menjamin kestabilan yang berpanjangan. Ia adalah satu proses yang berterusan di Malaysia sehingga hari ini,” kata Najib dalam ruangan Opinion Asia yang ditulis beliau bertajuk “The ASEAN Way Won Burma Over” dalam The Wall Street Journal, yang diterbitkan semalam.
Najib berkata, sebagai pemimpin Malaysia, negara Asia Tenggara tertua mengamalkan demokrasi, beliau sentiasa berminat untuk berkongsi pengalaman-pengalaman ini.
“Ia merupakan satu proses evolusi daripada revolusi, dan proses itu adalah lebih baik disokong dan digalakkan melalui hubungan keluarga dalam negara-negara yang bekerjasama membantu satu sama lain,” katanya.
Najib berkata sebab itu pada sidang kemuncak Asean minggu ini di Phnom Penh, Kemboja, para pemimpin 10 negara kumpulan serantau akan meletakkan sentuhan terakhir berhubung satu deklarasi bertajuk “One Community, One Destiny” (Satu Komuniti, Satu Takdir).
“Ia merupakan satu pengakuan yang amat nyata bahawa masa depan kita bergantung kepada hubungan yang lebih rapat dan lebih erat, bercakap dalam satu nada dan dengan satu matlamat di fikiran, pembangunan berterusan bagi ekonomi kita, masyarakat kita dan di atas semua itu iaitu demokrasi kita. Ia adalah, secara ringkas, pendekatan yang sangat Asia, sangat ASEAN,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata ASEAN telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan politik dan dalam konteks ini, tidak ada contoh yang lebih jelas daripada hubungannya dengan Myanmar.
Najib berkata, sejak empat dekad kebelakangan ini, ASEAN mendapat banyak pujian kerana membantu negara-negara anggotanya bagi meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan tetapi ia juga dikritik dalam lingkungan dasar asing kerana berbuat terlalu sedikit bagi menggalakkan demokrasi dan hak asasi manusia.
Dalam konteks ini, beliau berkata sejak beberapa dekad lalu, Myanmar sering dikritik dan ia kerap kali diikuti dengan sekatan.
Apa yang tersirat dalam pendirian ini adalah idea bahawa negara-negara demokrasi seperti Malaysia perlu menjauhi jiran-jiran yang kurang bebas dan satu-satunya cara untuk membawa penambahbaikan ialah dengan melumpuhkannya secara ekonomi ke atas mereka yang tidak mahu menerima pakai peti undi,” kata Najib.
Najib juga berkata negara anggota ASEAN mengambil satu pendekatan yang lebih nuansa, dengan mempercayai bahawa hubungan dan galakan yang konstruktif sama berkesan, jika tidak lebih, berbanding sekatan dan pengasingan dalam menghasilkan perubahan positif dan oleh yang demikian, Asean menerima Myanmar sebagai negara anggota pada 1997 dan menghulurkan tangan sebagai tanda persahabatan.— Bernama

No comments:

Post a Comment