by Agnes Tugong. Posted on April 29, 2012, Sunday
Negeri ini akan terus menikmati pembangunan jika BN diberi mandat membentuk kerajaan pusat
KUCHING: Sarawak akan terus menikmati pembangunan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan pusat.
Itu adalah janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negeri ini ketika berucap pada Majlis Makan Malam BN di kediaman Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya malam kelmarin.
Menurut Najib, Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan hanya BN mampu memberi masa depan yang cerah ke-pada rakyat dan negeri ini.
“Saya boleh membantu Sarawak membangun jika BN membentuk kerajaan semula dan saya mahu melihat Sara-wak terus membangun.
“Sarawak mempunyai potensi yang amat besar dan saya dapat melihat banyak perkara yang boleh dilakukan kepada negeri ini tetapi kita perlu-kan mandat daripada rakyat,” katanya.
Tambah Najib kerajaan sedia ada telah membuktikan tidak pernah gagal dalam ber-khidmat kepada rakyat se-panjang tempoh 50 tahun ini.
“Saya tidak dapat melihat pembangkang mampu membentuk kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat sebaik BN.
“Mereka tidak dapat mela-kukan perkara yang kita dapat lakukan dan sebagai pemimpin rakyat Malaysia, kita telah membuktikan melalui tindakan-tindakan kita.
“Oleh sebab itu, marilah kita berkhidmat kepada rakyat, rendahkan diri, bekerja keras untuk rakyat kerana tiada salahnya jika kita kuat bekerja,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Najib yang juga pengerusi BN Pusat turut mengingatkan pemim-pin-pemimpin parti supaya memberikan calon yang mampu menang dan bukannya calon kegemaran mereka.
“Tolong berikan saya calon yang mampu menang dan bukan calon kegemaran anda. Tiada guna menjadi presiden parti jika kita tidak dapat membentuk kerajaan,” tegasnya.
Terdahulu Taib dalam ucapannya mengingatkan pemimpin-pemimpin BN agar tidak terjebak dengan pro-paganda-propaganda pembangkang.
Beliau sebaliknya menggesa pemimpin-pemimpin BN untuk mencabar pemimpin-pemimpin pembangkang.
“Kita mempunyai lebih banyak kelebihan dan pembangkang telah membuktikan diri mereka tidak sesuai ke-pada rakyat.
“Pembangkang boleh membentuk kerajaan? Minta maaf. Tiada seorang antara mereka mampu merancang strategi untuk masa depan rakyat dan negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment